Atikah Suhaime dan kekasihnya Datuk Lokman Teh akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 21 Januari 2024.

Aktres jelita itu sebelum ini memuat naik gambar dia dengan Datuk Lokman. Ramai netizen menganggap pasangan itu sudah berkahwin.

Baca Juga:

Sebenarnya gambar itu hanyalah gambar pergi kursus kahwin. Mereka masih belum berkahwin lagi namun sudah sedia membina rumah tangga pada tahun hadapan.

Bercakap kepada Harian Metro, Atikah Suhaime menegaskan bahawa semua persiapan sudah pun dibuat. Dan tinggal isu dokumentasi sahaja kerana perkahwinan mereka melibatkan rakyat 2 negara berbeza.

Atikah memberitah Harian Metro: “Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja.”

Bersama dengan Lokman, Atikeh menyatakan dia sentiasa tenang. Sambil menganggap lelaki itu sebagai seorang yang serba serbi stabil dalam kehidupannya.

Lokman memberikan Atikah ketenangan dari segi mental sambil menambah: “Saya rasa tenang bila dengan dia berbanding yang lain. Dia adalah pilihan terbaik.”

“Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.”

“Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.”

Akhir sekali, Atikah Suhaime meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dia dan Lokman.

Bakal suaminya itu sudah menyatakan dia tidak akan menghalang Atikah Suhaime untuk terus berkarya dalam bidang seni.