Atlet gimnastik dari Filipina, Carlos Yulo bagaikan mendapat durian runtuh selepas beliau berjaya mendapat dua pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Carlos mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas Olimpik lelaki pertama bagi negaranya apabila muncul sebagai pemenang dalam dua rutin bagi acara gimnastik.

Baca Juga:

Ganjarang lumayan menanti Yulo selepas beliau membawa pulang dua emas yang mana insentif ini diberikan oleh kerajaan dan juga syarikat swasta negara itu.

Antara ganjaran yang menanti atlet berusia 24 tahun itu ialah rawatan kolonoskopi percuma seumur hidup apabila beliau menginjak usia 45 tahun. Selain itu, Yulo juga mendapat sebuah rumah mewah yang dilengkap tiga bilik dan wang tunai sebanyak $200 Ribu yang diberikan kerajaan Filipina.

Tidak cukup dengan itu, Yulo bakal mendapat hadiah Iphone 16 selain menikmati makanan percuma seumur hidup seperti ramen dan ayam panggang yang diberikan oleh restoran tempatan.

Salah satu universiti tempatan juga menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kepada Yulo yang mana langkah ini dilihat tepat dimana beliau mempunyai pekerjaan selepas bersara sebagai atlet gimnastik pada masa akan datang.

Sementara itu, ibu kota Manila, tempat Yulo dilahirkan dan dibesarkan sedang menyediakan “sambutan wira” untuk beliau.

“Sambutan yang paling hebat akan menyambut Yulo dan semua atlet kami yang beraksi di Olimpik Paris. Apabila kami bertemu dengannya, kami akan menyampaikan insentif berupa wang tunai kepada Carlos Yulo sebagai satu simbol kesyukuran abadi ibu kota Filipina yang dibanggakan,” kata datuk bandar bandar itu, Honey Lacuna.