Atlet Malaysia yang akan beraksi di temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris mendapat tajaan dari salah satu pengeluar barangan sukan ternama iaitu Skechers.

Menurut laporan Sukanz, atlet-atlet Malaysia kelak akan diberikan sebanyak tiga pasang kasut Skechers dimana salah satu pasang kasut yang diberikan adalah model Supersonic Max yang telah dipakai oleh pada atlet semasa menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara pada Selasa lalu.

Baca Juga:

Model kedua iaitu USA Garza Garado serta sepasang seorang model Skechers Work Sure Track Warfell untuk disarungkan ketika perarakan masuk Kontinjen Malaysia pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik.

Pemberian tiga model kasut ini hadir susulan Skechers menjalinkan kerjasama dan berkolaborasi dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Hasil kerjasama ini, Skechers diangkat menjadi Kasut Rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Kali Ke-33 Paris 2024.

Dimaklumkan jumlah keseluruhan penajaan kasut-kasut oleh Skechers tersebut kepada Kontinjen Malaysia adalah bernilai RM194,290 – berdasarkan harga runcit.

MOM mengumumkan memberikan penghormatan kepada penerjun muda lelaki, Bertrand Rhodict Lises serta atlet pelayaran wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif untuk membawa Jalur Gemilang ketika Kontinjen Malaysia berarak masuk pada pada upacara pembukaan itu nanti.

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, pemilihan kedua-dua atlet tersebut mewakili atlet yang akan mencipta debut dan atlet berpengalaman di temasya Sukan Olimpik.

Terdahulu, Bertrand yang merupakan atlet berusia 19 tahun kelahiran Sarawak muncul atlet pertama negara yang melayakkan diri secara merit ke temasya berkenaan selepas berjaya ke pentas akhir acara 10 meter (m) platform lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia pada Julai tahun lalu.

Bertrand menjadi atlet Sarawak keempat yang diberikan penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di temasya berkenaan selepas Kuda Ditta (Rome, 1962), Bryan Nickson (Athens, 2004) dan Dato’ Pandelela Rinong (London, 2012).

Sementara itu, Shazrin kelahiran Johor yang akan membuat penampilan ketiganya di pentas Olimpik layak secara automatik selepas berjaya memenangi pingat emas dalam acara dinghy di Sukan Asia 2022.

Shazrin yang berusia 26 tahun menjadi atlet pelayaran pertama diberikan penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di temasya Olimpik.