Baru-baru ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan baju rasmi yang bakal disarung oleh atlet Malaysia yang beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula tidak lama lagi.

Akan tetapi, peminat sukan tanah air tidak berpuas hati dengan rekaan yang digunakan dimana tiada lagi corak cakar harimau yang sudah sinonim dengan identiti atlet Malaysia yang bakal beraksi di satu kejohanan besar.

Baca Juga:

Menerusi laman media sosial, ramai yang mempertikai rekaan baju rasmi itu dimana mereka kecewa kerana atlet akan memakai baju yang dibuat dengan ala kadar dan seolah-olah tidak memahami prestij besar kejohanan seperti Sukan Olimpik.

Menjawab isu ini, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh menegaskan pihaknya tidak bertanggungjawab dalam rekaan baju tersebut dimana semua keputusan terletak di atas bahu MOM yang bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

Selain itu, ramai juga yang mempertikai cara MOM memperkenalkan baju tersebut dimana mereka menggunakan patung ketika majlis pelancaran dan tidak menggunakan atlet sebenar yang bakal mengambil bahagian dalam kejohanan empat tahun sekali itu.

Selepas rekaan baju didedahkan, ada peminat yang berseloroh mengatakan rekaan kali ini ialah salah satu bentuk pemasaran ekoran bilangan harimau yang semakin sedikit.

Berikut adalah atlet negara yang bakal membawa cabaran beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

1. Memanah

Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (individu wanita)

2. Badminton

Lee Zii Jia (single lelaki)

Goh Jin Wei (single perempuan)

Aaron Chia (beregu lelaki)

Soh Wooi Yik (beregu lelaki)

Pearly Tan (beregu perempuan)

Thinaah Muralitharan (beregu perempuan)

Cheng Tang Jie (beregu campuran)

Toh Ee Wei (beregu campuran)

3. Berbasikal

Nur Aisyah Mohamad Zubir (perlumbaan jalan raya wanita)

Azizulhasni Awang (pecut lelaki, keirin lelaki)

Muhammad Shah Firdaus Sahrom (pecut lelaki, keirin lelaki)

Nurul Izzah Izzati Mohamad Asri (pecut wanita, keirin wanita)

4. Terjun

Bertrand Rhodict-Lises (platform 10 m lelaki)

5. Belayar

Khairulnizam Afendy (ILCA7 lelaki)

Nur Shazrin Mohamad Latif (ILCA6 perempuan)

6. Menembak

Johnathan Wong (pistol udara 10 m lelaki)

7. Angkat berat

Aniq Kasdan (lelaki – 61kg)