Baru-baru ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan baju rasmi yang bakal disarung oleh atlet Malaysia yang beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula tidak lama lagi.
Akan tetapi, peminat sukan tanah air tidak berpuas hati dengan rekaan yang digunakan dimana tiada lagi corak cakar harimau yang sudah sinonim dengan identiti atlet Malaysia yang bakal beraksi di satu kejohanan besar.
Baca Juga:
- Bozetta FZ8, Ini Kisah ‘Road Bike’ Pertama Buatan Malaysia Diinspirasikan Basikal Velodrom Olimpik
- Katil Anti-Maksiat Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024
- FFF Dan Presiden Perancis Rayu Real Madrid Lepaskan Mbappe Untuk Sertai Olimpik
Menerusi laman media sosial, ramai yang mempertikai rekaan baju rasmi itu dimana mereka kecewa kerana atlet akan memakai baju yang dibuat dengan ala kadar dan seolah-olah tidak memahami prestij besar kejohanan seperti Sukan Olimpik.
Official attire of Malaysia contingent for Olympic Paris 2024 by Yonex Sunrise Malaysia
📷 olympicMAS pic.twitter.com/4gHo7X0klH
— 🥇🥇🥈🥈 (@AayuniAli) June 23, 2024
Kesian atlet negara.
Olimpik bukan seramai Asian Games, tak boleh ke buat premium? @hannahyeoh @AdamAdli @KBSMalaysia :/ https://t.co/3l5JMsOMH7
— Khalish (@KayKhalish) June 24, 2024
Menjawab isu ini, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh menegaskan pihaknya tidak bertanggungjawab dalam rekaan baju tersebut dimana semua keputusan terletak di atas bahu MOM yang bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.
Selain itu, ramai juga yang mempertikai cara MOM memperkenalkan baju tersebut dimana mereka menggunakan patung ketika majlis pelancaran dan tidak menggunakan atlet sebenar yang bakal mengambil bahagian dalam kejohanan empat tahun sekali itu.
Selepas rekaan baju didedahkan, ada peminat yang berseloroh mengatakan rekaan kali ini ialah salah satu bentuk pemasaran ekoran bilangan harimau yang semakin sedikit.
Baju Olympik Malaysia 2024 menunjukkan marketing kreatif sebagai kempen kesedaran dimana Harimau kini semakin pupus dan mahu meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya konservasi harimau di dunia.
“Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama”. pic.twitter.com/tQoFVJ4NSa
— Kei (@KeiBasar) June 24, 2024
Berikut adalah atlet negara yang bakal membawa cabaran beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
1. Memanah
Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (individu wanita)
2. Badminton
Lee Zii Jia (single lelaki)
Goh Jin Wei (single perempuan)
Aaron Chia (beregu lelaki)
Soh Wooi Yik (beregu lelaki)
Pearly Tan (beregu perempuan)
Thinaah Muralitharan (beregu perempuan)
Cheng Tang Jie (beregu campuran)
Toh Ee Wei (beregu campuran)
3. Berbasikal
Nur Aisyah Mohamad Zubir (perlumbaan jalan raya wanita)
Azizulhasni Awang (pecut lelaki, keirin lelaki)
Muhammad Shah Firdaus Sahrom (pecut lelaki, keirin lelaki)
Nurul Izzah Izzati Mohamad Asri (pecut wanita, keirin wanita)
4. Terjun
Bertrand Rhodict-Lises (platform 10 m lelaki)
5. Belayar
Khairulnizam Afendy (ILCA7 lelaki)
Nur Shazrin Mohamad Latif (ILCA6 perempuan)
6. Menembak
Johnathan Wong (pistol udara 10 m lelaki)
7. Angkat berat
Aniq Kasdan (lelaki – 61kg)