Kerajaan Australia mahu mengharamkan penggunaan semua jenis laman media sosial terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 16 tahun.

Perdana Menteri iaitu Anthony Albanese berkata undang-undang baharu itu akan dibentangkan kepada pemimpin negeri dan wilayah minggu ini, sebelum diperkenalkan kepada parlimen pada akhir November.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Albanese, beliau berikrar untuk membanteras syarikat teknologi yang gagal melindungi pengguna terutamanya anak-anak muda di negara itu.

“Langkah ini untuk ibu dan bapa. Media sosial mendatangkan mudarat kepada anak-anak dan saya mengambil keputysan untuk melakukannya,” katanya kepada pemberita.

Syarikat teknologi dan platform media sosial perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan pengguna melebihi had umur minimum yang dibenaekan, kata Albanese, dan bukannya ibu bapa yang “bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka dalam talian”.

Menteri Komunikasi, Michelle Rowland berkata platform yang terjejas akan termasuk Instagram dan Facebook milik Meta Platforms, serta TikTok yang dimiliki oleh Bytedance dan laman milik Elon Musk iaitu X. YouTube Alphabet mungkin juga termasuk dalam skop perundangan, tambahnya.

Beberapa negara telah berikrar untuk mengekang penggunaan media sosial oleh kanak-kanak melalui undang-undang, walaupun dasar Australia adalah salah satu yang paling ketat.

Perancis tahun lepas mencadangkan pengharaman media sosial untuk mereka yang berumur di bawah 15 tahun, walaupun pengguna dapat mengelak larangan itu dengan kebenaran ibu bapa.

Amerika Syarikat selama beberapa dekad memerlukan syarikat teknologi untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk mengakses data kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, menyebabkan kebanyakan platform media sosial melarang mereka di bawah umur tersebut daripada mengakses perkhidmatan mereka.

Malaysia dilihat boleh mengambil pendekatan sama bagi memastikan kanak-kanak dan remaja dalam negara tidak terlalu terpengaruh dengan trend di sosial media terutamanya yang tidak mendatangkan kebaikan.