Sebut sahaja A&W, pasti anda akan teringat dengan coney, waffles, ayam goreng Aroma dan airnya yang enak dan sangat refreshing untuk diminum.
Rahsia kesedapan root beer A&W adalah pada gelasnya. Berbeza dengan minuman di restoran makanan segera lain, minuman anda dihidangkan dalam mug yang sejuk tanpa ais. Jadi, air root beer anda akan kekal sejuk walaupun tanpa ais.
Sempena ulang tahun ke-100 ini, A&W Malaysia sudah mula menjual mug ikonik mereka yang diperbuat di Amerika Syarikat. Cuma 5,000 mug ini akan dijual di A&W seluruh dunia dan tidak akan dijual semula jika ianya habis terjual.
Anda hanya perlu membuat pembelian RM25.00 dalam satu resit dan boleh membeli gelas ini pada harga RM29.90 (edisi biasa) dan RM35.90 (edisi emas).
Anda boleh membelinya di semua cawangan A&W berdekatan anda atau di cawangan terbaru mereka di EkoCheras Mall. Pihak A&W Malaysia juga akan menambah bilangan cawangan A&W kepada 60 cawangan hujung tahun 2019 dan 100 cawangan menjelang 2021.