Sempena ulang tahun ke-60 di Malaysia, A&W tampil dengan pembukaan restoran ke-100 di 16 Sierra, Puchong South. Pembukaan restoran A&W ini menunjukkan perintis rangkaian makanan segera itu masih lagi kukuh dan berkembang di Malaysia.

Komitmen terhadap inovasi dan kualiti telah membolehkan jenama itu kekal relevan, sama seperti restoran pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan restoran A&W legenda di Petaling Jaya yang merevolusikan konsep pandu lalu serta kini restoran baharu ini turut hadir dengan konsep pandu lalu.

Baca Juga:

Selain hadir dengan konsep pandu lalu, restoran A&W cawangan 16 Sierra ini menawarkan satu pembaharuan untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada para pelanggan.

Ia memperkenalkan kiosk tempahan sendiri yang pertama seumpamanya di mana-mana restoran A&W di Malaysia.

“Sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi.

“Namun, seiring dengan perubahan masa, kami turut berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik kami.” ujar Encik George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia.

Seiring dengan pembukaan restoran ke-100, pencapaian membanggakan ini mendekatkan A&W kepada matlamatnya untuk membuka 150 kedai menjelang 2025 seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama makanan segera terkemuka di negara ini.