Demi anggota Wings yang lain, Awie menyatakan bahawa dia sanggup berkorban menolak sema tawaran solo ke atasnya.

Ketika ini Awie fokus sepenuhnya untuk bergerak secara berkumpulan dengan Wings.

Baca Juga:

Hal ini kerana, menurut Awie, jika dia bergerak solo atau melakukan aktiviti secara individu yang lain, ia akan menjejaskan sumber pendapatan anggota Wings yang lain.

Semangat setia kawan itu membuatkan Awie lebih komited dengan Wings. Sambil mengingatkan, jika dia jenis orang yang nak senang seorang diri, dah lama dia buat.

Namun disebabkan dia bukan manusia seperti itu, maka dia tidak memikirkan soal tersebut.

Anggota Wings yang lain turut ada anak isteri malah cucu. Dan mereka memerlukan wang untuk menanggung keluarga mereka.

Awie adalah ‘frontman’ yang sangat popular. Mudah sahaja dia mendapatkan tawaran solo. Wings juga sangat memerlukannya. Maka dia memilih Wings.

Agar mereka dapat senang sama sama dan sebaliknya.

Dipetik dari laman Media Hiburan, Awie menjelaskan: “Kalau Nak Senang Sendiri, Lama dah…

“Kami cari makan menerusi persembahan. Anggota kumpulan Wings semua ada isteri, anak dan cucu. Mereka memerlukan saya untuk cari rezeki.

“Kalau saya tiada atau sibuk dengan penggambaran, mereka nak makan apa? Jadi, saya memang berfikir panjang.

Awie teruja isteri hamil cahaya mata baharu
Sumber Gambar: Cinema Online

“Kalau saya pentingkan diri atau nak senang sendiri, saya sudah senang lama. Namun, saya ada sahabat yang perlu dijaga.”

Awie juga menyatakan bahawa dalam mana mana organisasi sekalipun, amat penting untuk setiap anggota sentiasa bersama sama dan bersatu.

Dia menambah: “Bukan dalam kumpulan muzik sahaja, dalam politik atau apa juga badan organisasi, kalau kita pentingkan diri, kita hanya akan senang seketika tapi hilang sahabat atau keluarga selamanya.

“Saya tak nak perkara itu berlaku dalam Wings. Jadi, tak mengapalah kalau saya berkorban. Apa-apa tawaran solo, saya akan tolak untuk utamakan Wings.

“Saya sanggup tinggalkan tawaran solo kalau Wings dapat tawaran persembahan walaupun bayarannya mahal. Saya bukan nak kata saya baik tapi secara tidak langsung, Allah akan bagi rezeki lain.”

Ketika ini Wings masih sibuk dengan urusan konsert mereka. Wings masih lagi kumpulan rock yang mendapat sambutan hangat walaupun daripada generasi muda hari ini.

Awie sebelum ini pernah menyatakan, dia dan rakan rakannya yang lain dalam Wings menjangkakan kumpulan itu hanya akan bertahan dalam 10 tahun sahaja lagi.