Disney dilaporkan sedang mempertimbangkan pelakon Ayo Edebiri untuk watak utama filem ‘Pirates 6’ yang akan memaparkan pelakon yang lebih muda untuk pengembaraan mencari harta karun.

Khabar angin tentang pemilihan Ayo tersebut dikongsi oleh akaun Unlimited L di Twitter telah mendapat perhatian ramai selepas perkongsian tersebut turut dikongsi semula oleh Elon Musk.

Baca Juga:

Elon juga meluahkan rasa tidak setujunya dengan khabar angin tersebut tersebut. Lebih memeritkan, Ayo dikatakan bakal memegang watak yang diispirasikan daripada lanun sebenar, Anne Bonny yang berbangsa Ireland.

Sebelum ini, Johnny Depp mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan kembali sebagai Jack Sparrow walaupun ditawarkan jutaan dolar untuk kembali memegang watak tersebut.

Para peminat setia Pirates Of The Caribbean(POTC) bertindak mahu memboikot filem tersebut sekiranya khabar angin itu benar. Bagi mereka, terdapat lebih ramai aktor lain yang lebih sesuai boleh dipilih sekiranya Disney mahu reboot kembali siri POTC.

Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak Disney berkenaan khabar angin ini. Sebelum ini Margot Robbie antara yang dicanang untuk menggantikan Johnny Depp untuk satu siti spin-off Pirates Of The Caribbean. Namun, ia tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.