Demam Piala Dunia 2026 kini kembali! Pejam celik, kejohanan bola sepak terbesar di dunia ini sudah pun menghampiri kemuncaknya.
Bagi kita rakyat Malaysia, perlawanan penentu hidup mati di peringkat semi-final pada 15 dan 16 Julai ini pastinya tidak sah kalau ditonton sendirian di rumah.
Lubuk paling best untuk meluahkan emosi, sorakan dan debaran bola sepak pastinya di kedai mamak sambil ditemani segelas teh tarik kaw dan sepinggan roti canai.
Sama-sama kita cipta sejarah Malaysia Book of Records!

Unifi TV selaku Penyiar Rasmi FIFA World Cup 2026™ ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bukan sekadar menonton perlawanan tetapi menjadi sebahagian daripada sejarah negara!
Anda semua dijemput untuk turun beramai-ramai ke lebih 100 rangkaian mamak terpilih di seluruh negara pada 15 & 16 Julai manakala satu special live viewing party besar-besaran bakal berlangsung di Restoran Nasi Kandar Pelita, KLCC pada 16 Julai
Semua ini dianjurkan demi menjayakan cubaan memecahkan rekod Malaysian Book of Records bagi kategori MOST LOCATIONS FOR FIFA WORLD CUP LIVE VIEWING PARTIES.
Oh ya, perlawanan FIFA World Cup 2026 peringkat semi-final ini juga akan ditayangkan di 4 hotel terpilih.
Anda boleh menyemak lokasi mamak yang terdekat dengan anda di unifi.com.my/fifaworldcup2026 dan sertai kehangatan tontonan semi-final beramai-ramai. Bayangkan aura dan tenaga apabila ribuan peminat bola sepak di seluruh Malaysia bersorak serentak pada waktu yang sama, memang meremang!
Kenapa anda wajib layan semi-final di mamak?
- Atmosfera luar biasa: Tiada apa yang dapat menandingi kehangatan bersorak bersama ratusan peminat tegar yang lain apabila gol dijaringkan.
- Tradisi unik Malaysia: Budaya berkumpul di mamak untuk perlawanan besar adalah identiti kita yang paling ikonik.
- Menu mampu milik: Makan dan minum santai tanpa perlu berbelanja besar sepanjang malam.
- Sesuai untuk ‘late-night kick-offs’: Tempat paling ‘ngam’ untuk anda lepak bersama football gang bagi perlawanan lewat malam.
Layan bola sambil sembang dengan selebriti dan influencer
Bukan itu sahaja, malam Semi-Final anda akan jadi bertambah gempak!
Di Restoran Pelita KLCC, anda berpeluang untuk menonton perlawanan secara langsung side-by-side bersama barisan selebriti, influencer serta personaliti bola sepak terkenal tanah air. Menarik bukan?
Antara yang turut hadir adalah Fattah Amin, Bell Ngasri, Ravi Zephyr dan dua pemain negara iaitu Norshahrul Idlan (Mat Yo) dan juga Mahalli Jasuli. Menarik bukan?
Sambil layan aksi dramatik di atas padang, anda boleh berinteraksi, berborak santai tentang taktikal perlawanan, dan sudah tentu berswafoto bersama personaliti kegemaran anda. Suasana festival bola sepak ini pastinya tidak akan anda lupakan.
Tak cukup semi final viewing party? Anda juga turut dijemput untuk menyaksikan siaran langsung FINAL Piala Dunia FIFA 2026™ di Dataran Merdeka pada 19 Julai bermula 8 malam dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti games dan konsert live sementara menunggu sepak mula Final Piala Dunia FIFA pada jam 3 pagi, 20 Julai 2026.
Tak sempat ke mamak? Unifi FIFA World Cup 2026™ Season Pass sedia ditawarkan serendah RM50 je!
Batalkan niat anda untuk cari link streaming ‘haram’ yang sangkut-sangkut dengan paparan yang tidak jelas.
Unifi TV menawarkan Unifi FIFA World Cup 2026 Pass dengan harga yang sangat tidak masuk akal iaitu serendah RM50 sahaja untuk semua pelanggan Unifi TV!
Dengan RM50, anda akan dapat akses penuh kepada:
- Semua 104 Perlawanan LIVE dalam HD: Dari sepak mula perlawanan pembukaan sehinggalah ke pentas Final, tiada satu pun aksi yang terlepas.
- 3 Saluran Khas: Ditayangkan secara eksklusif di saluran Unifi FIFA World Cup 2026™ 1, Unifi FIFA World Cup 2026™ 2, dan Unifi FIFA World Cup 2026™
- Multi-Viewing Experience: Anda boleh tonton sehingga 4 saluran serentak melalui aplikasi Unifi TV atau web. Sesuai sangat untuk perlawanan yang berlangsung serentak! (Tertakluk kepada kemampuan peranti)
- Fungsi Rewind Siaran Langsung: Terlepas gol minit akhir sebab pergi tandas? Jangan risau, anda boleh rewind siaran langsung sehingga 3 jam ke belakang.
- 7-Day Catch-Up Viewing: Terbabas tidur waktu kick-off tengah malam? Anda boleh tonton semula siaran ulangan penuh sehingga 7 hari selepas perlawanan tamat.
Ini cara mudah untuk mula ‘streaming’ FIFA World Cup 2026 secara sah
Sebaik sahaja pembelian pass anda selesai, anda boleh mula menonton dengan langkah mudah ini:
- Muat Turun Aplikasi: Install aplikasi Unifi TV 2.0 di Smart TV, telefon pintar, tablet, atau Unifi TV Box anda. Anda juga boleh layari terus melalui pelayar web di unifitv.com.my.
- Log Masuk: Masukkan Unifi TV ID anda (contoh: nama@iptv) berserta kata laluan.
- Mula Menonton: Pilih saluran perlawanan kegemaran anda dan nikmati siaran langsung bertaraf dunia!
Jadi, tunggu apa lagi? Heret sekali geng bola anda dan serbu mamak berhampiran pada 15 dan 16 Julai ini.
Jom sama-sama kita gegarkan mamak, cipta rekod sejarah, dan nikmati setiap momen magis bola sepak dengan Unifi TV! Anda boleh dapatkan Unifi FIFA World Cup 2026™ Season Pass dengan klik di SINI!