Sebelum ini, dilaporkan Jakel cawangan Shah Alam musnah dalam kejadian kebakaran dan dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM100 juta.

Susulan itu, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA telah membuat ciapan yang dirasakannya ‘savage’ apabila mengatakan kejadian Jakel terbakar adalah kerana Tuhan mahu tunjuk sesuatu dan mencela pemilik MYDIN, Datuk Ameer kerana masih tidak sedar diri.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi ciapan tersebut, Diva AA mengatakan bahawa pemilik MYDIN sudah tua tetapi masih sakan menari untuk konten TikTok dan menggesa untuk muhasabah diri.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan juga admin akaun Mydin di Twitter. Akaun MYDIN membalas ciapan itu dengan memberikan gambar cermin dan mengatakan boleh dapatkan di pasaraya tersebut.

Susulan ‘serangan balas’ admin MYDIN, rata-rata netizen seakan suka dengan tindakan tenang akaun MYDIN. Malah, para netizen turut mengatakan mahu tahu siapa yang menjaga akaun MYDIN.

Menjengah ke ruangan komen juga, segelintir netizen turut mengaitkan cermin itu dengan satu kejadian dimana Diva AA pernah dikatakan berkongsi sebuah video menampakkan bahagian sulit miliknya pada cermin.