Pelakon dan pengacara cantik terkenal di negara jiran Conchita Caroline semalam telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan ketika beliau menaiki pesawat yang dilaporkan meragut nyawa keseluruhan penumpang dan anak kapal semalam.
Menurut perkongsian Conchita, beliau dan produksi rancangan televisyen tempatan menaiki pesawat yang sama dari Denpasar ke Jakarta dan mengalami sedikit kesukaran sehingga menyebabkan kelewatan berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai.
Penumpang sepatutnya dijadualkan masuk pesawt pada jam 6:15 petang waktu tempatan tetapi tertunda sehingga jam 7:30 malam berikutan dengan masalah kegagalan enjin yang dikhabarkan tidak boleh berfungsi dengan baik.
Pesawat tersebut sempat masuk ke laluan perlepasan tetapi berpatah balik ke tempat letak pesawat. Masalah ini dikatakan berlanjutan selama 30 minit sehingga menyebabkan ada penumpang muntah akibat kekurangan oksigen dan penghawa dingin tidak dapat dihidupkan.
Bukan itu sahaja, enjin pesawat tersebut juga kedengaran lain daripada biasa yang menyebabkan penumpang risau akan keselamatan penerbangan tersebut. Penumpang akhirnya menggesa anak kapal untuk membuka pintu pesawat untuk mendapatkan udara segar.
Sebaik sahaja penumpang berjaya keluar daripada pesawat tersebut, ada diantara mereka yang mencuba untuk mendapatkan pengesahan penerbangan daripada pihak petugas di lapangan terbang tersebut, tetapi menurut pegawai lapangan terbang tersebut juga kurang mengetahui memandangkan hubungan antara mereka dan pihak penerbangan agak kurang baik.
Setelah agak lama, penumpang diarahkan untuk masuk kembali ke pesawat dengan alasan untuk menjalankan percubaan enjin pesawat. Conchita mula bersuara menegakkan hak penumpang dan bertanya adakah pesawat tersebut selamat untuk digunakan berlepas dan mengapa perlu menyuruh penumpang masuk sedangkan hanya untuk percubaan enjin.
Conchita sempat bertanyakan kepada jurutera yang memeriksa pesawat tersebut mengenai perkara tersebut tetapi dijawab dengan nada yang agak tegas sambil menunjukkan surat izin terbang yang sudah ditandatangani oleh jurutera itu sendiri.
Walaubagaimanapun, penumpang tetap diminta untuk masuk ke pesawat dalam keadaan kapal terbang tersebut agak panas dan penghawa dingin masih belum berfungsi. 10 minit kemudian pesawat tersebut tetap tidak berlepas walaupun sudah mendapat pengumuman untuk berlepas.
Pesawat tersebut mula bergerak ke landasan berlepas walaupun berasa was-was mengenai keadaan pesawat. Ramai penumpang memberitahu bahawa mereka kekurangan oksigen tetapi tidak dihiraukan oleh anak kapal.
Pesawat itu akhirnya berlepas dalam keadaan enjin yang mengeluarkan bunyi yang agak aneh terutamanya sebelah kanan pesawat. Penerbangan tersebut akhirnya selamat sampai di lapangan terbang Seoekarno-Hatta.
Conchita sempat menyatakan kekesalan terhadap pengurusan pelanggan pihak penerbangan tersebut yang memberi layanan acuh tak acuh kepada penumpang. Kekesalan beliau berpanjangan meskipun pesawat tidak berada dalam keadaan baik sesuai untuk penerbangan komersil. Perkongsian diakhiri dengan pesanan buat pihak Lion Air untuk memperbaiki perkhidmatan baik dari segi kebajikan pengguna dan juga keadaan pesawat.