Indonesia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila pagi tadi, sebuah pesawat Lion Air JT 610 laluan Jakarta-Pangkalpinang dilaporkan hilang 13 minit selepas ia berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi.
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat yang membawa 189 penumpang ini terhempas. Kerja menyelamat sudah dimulakan pihak berkuasa Indonesia. Saudara Sutopo Purwo Nugroho menerusi perkongsian di laman Twitter turut berkongsi serpihan barangan yang terapung di permukaan laut adalah daripada pesawat Lion Air.
Crisis Center Penanganan Jatuhnya Pesawat Lion Air JT 610.
Silakan menghubungi crisis center di nomor 021-80820000 dan untuk infomasi penumpang di nomor 021-80820002.
Corporate Communications Strategic of Lion Air, Danang Mandala Prihantoro +62 8788 033 3170 pic.twitter.com/wtUQxVytXt
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di dekat fasilitas Anak usaha PT Pertamina (Persero), Pertamina Hulu Energi Offshore North West Java (PHE ONWJ) di lepas pantai di utara Bekasi, Jawa Barat. Petugas PHE ONWJ melakukan evakuasi dan mengambil dokumentasi. pic.twitter.com/Xq0kQjAWe8
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang. Beberapa kapal tug boad membantu menangani evakuasi. Video diambil petugas tug boad yang ada di perairan Karawang. pic.twitter.com/4GhKcRYkpG
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Serpihan yang ditemui termasuklah cebisan beg milik penumpang dan juga serpihan bahagian dalam pesawat. Wisma Putra masih belum mengesahkan sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas ini.
Pesawat Lion Air dari Jakarta to Sumatera ditemui terhempas, selepas 13minit berlepas. Allahu, kita doakan yang baik baik. 😢😔 pic.twitter.com/pafALE2sSa
— Atyn.J (@atynjunaidi) October 29, 2018
Pihak berkuasa Indonesia turutn menugaskan 30 orang penyelam untuk mencari pesawat berkenaan yang pada ketika ini sudah terdampar di dasar laut. Mereka perlu menyelam sekitar 25 hingga 30 meter di kawasan yang telah dikenal pasti untuk mencari pesawat ini.
Faktor mengapa pesawat ini boleh terhempas masih belum dapat dikenal pasti. Pencarian untuk 3 barangan penting iaitu kotak hitam, perakam suara dan perakam penerbangan akan menjadi keutamaan supaya pihak berkuasa tahu punca sebenar mengapa insiden ini boleh berlaku kepada pesawat baharu.
Saat ini tim SAR Basarnas melakukan penyelaman dikoordinat 05 derajat 90' 361" S – 107 derajat 06' 618" E untuk mencari pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang Jawa Barat. pic.twitter.com/XK0UiSKyfH
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Ketua KNKT Soerjanto Tjahjono, menyatakan pihaknya segera mengumpulkan data untuk mencari penyebab jatuhnya pesawat Lion Air JT-610. Pencarian black box untuk mengetahui riwayat komunikasi pesawat menjadi prioritas. #BreakingNews #LionAir #JT610 pic.twitter.com/7NCFH4hkAn
— KOMPAS TV (@KompasTV) October 29, 2018
Sebelum pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas, juruterbang pesawat dilaporkan memberi makluman untuk pulang ke pangkalan. Namun beliau tidak sempat untuk membuat demikian.
Model Boeing 373 Max 8 difahamkan adalah pesawat baharu digunakan sejak bulan Ogos 2018 yang lalu oleh pihak Lion Air .Juruterbang pesawat Lion Air JT-610 adalah juruterbang yang sangat berpengalaman, di mana mempunyai rekod penerbangan lebih 5,000 jam.
Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia mengingatkan kepada semua supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan hanya mendengar berita daripada sumber yang rasmi sahaja. Presiden Indonesia, Joko Widodo akan membuat sidang media tergempar sedikit masa lagi berkenaan insiden ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.