Biasanya mereka bermula dari kosong macam kita juga, bekerja sebagai kuli. Tapi pada masa muda, mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk belajar kemahira yang amat berharga. Contohnya, mereka belajar jadi juruteknik di kilang kereta, macam mana memperbaiki mesin, buat tooling, gunakan CAD dan sebagainya.
Masih ingat zaman saya masih budak, nenek sentiasa pesan kena belajar skil, baru boleh cari makan. Nenek juga pesan kena banyak membaca kerana nenek datang dari China pada 1920-an dan buta huruf. Ramai kuli-kuli Cina masa tu jadilah buruh murahan di Tanah Melayu.
Jadi selepas bekerja sebagai kuli dan adanya skil, mereka juga akan kerja lebih rajin supaya dapat peluang daripada taukeh. Taukeh akan bagi peluang kepada yang rajin dan jujur dan boleh buat kerja, dan hantar untuk latihan. Kalau yang lebih bernasib baik, akan dihantar ke luar negara untuk belajar teknologi Jepun, Hong Kong dan sebagainya.
Ada pepatah kita orang cakap, biarlah kerja 10 tahun di dalam bidang tu, kita akan amat mengenali selok belok bisnes tersebut. Jadi pada usia awal 30-an, biasanya mereka akan resign untuk cuba bisnes pertama dengan duit simpanan 10 tahun tu. Modal tak cukup, mereka akan berkongsi untuk setup bisnes bersama. Contoh RM50 ribu x 2 orang = RM100 ribu.
Jadi, 2 tahun pertama memanglah masa yang paling susah untuk semua bisnes. Kaum Cina bila berniaga, mereka akan jadikan ia long term, sebab RM100 ribu bukanlah banyak mana dan sekali habis, semua simpanan 10 tahun akan sia-sia. Jadi semua perbelanjaan perlulah digunakan secara amat berhati-hati.
Ada keuntungan, bisnes naik, mereka akan diam-diam tak akan beritahu orang. Kereta pun pakai biasa-biasa sahaja sebab mereka tak nak sangat orang tahu bisnes mereka bagus. Mereka tak akan naik hot seat untuk heboh-heboh kepada orang ramai mereka ni jutawan atau bakal jutawan, sebab ia akan mengundang persaingan, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga orang datang pinjam duit.
Beberapa tahun yang pertama, jika bisnes ada untung, pertamanya adalah beli property. Sebab kita tahu selagi kita lock duit kita dalam hartanah, kita tak akan dapat gunakan duit tersebut sesuka hati. Dan hartanah sentiasa naik, jarang depreciate. Best lagi kalau dapat sewa untuk bayar pinjaman perumahan setiap bulan. Kalau bisnes bagus, akan beli lagi property 2,3,4….
Semua bisnes mesti ada naik turunnya. Bila ditempuh cabaran seperti kemelesatan ekonomi, mereka akan cut cost serta merta supaya monthly overhead jadi terendah. Refinance property yang sudah naik harga untuk backup fund. Reserve fund kalau tak perlu, jangan sentuh. Jadi bisnes Cina yang telah melalui zaman kemelesatan ekonomi seperti 1986, 1997, 2008, kita akan cakap mereka kebal.
Akhirnya, kalau bisnes suami isteri, suami yang akan run bisnes utk bahagian sale and marketing. Kita panggil kerja luar. Isteri pula akan ditugaskan untuk menjaga akaun dan kewangan. Sebab perempuan sentiasa lebih berhati-hati dan pandai berkira dalam bab duit. Jadi isteri akan jaga akaun. Sistem dan software akaun adalah benda yang paling utama kena beli untuk pantau duit dengan hati-hati, hutang customer, hutang supplier. Biasanya beribu-ribu kena labur dengan komputer sekali.
Tapi ini cerita dahulu, software semua mahal. Zaman sekarang, software telah jadi murah dan mampu dimiliki.
Penulis, Bryant Gan adalah Founder Niagawan, Sistem Akaun DIY yang boleh didapati pada harga RM99 setahun.
BACA: Billionaire China Ini Membawa 6400 Orang Pekerjanya Bercuti Di Paris