Johari yang berusia lingkungan 50 tahun mengakui melalui perubahan drastik selepas gagal dalam peniagaannya kira-kira 10 tahun yang lalu. Berikutan itu, dia terpaksa bergelandangan selama setahun dan mengharapkan belas ihsan orang lain.
Menurut laporan, dahulu dia berpendapatan jutaan ringgit dan mampu menaiki penerbangan kelas pertama serta tidur di hotel lima bintang. Bukan itu sahaja, Johari turut berkawan dengan orang kenamaan sebelum perniagaannya dalam bidang hartanah jatuh dan ‘tidak menjadi’.
Tambahnya, ketika dia dan keluarga menjadi gelandangan, isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2008. Sudahlah tiada punca pendapatan, isteri pula tiada membuatkan dia ‘terduduk’ ketika itu.
Johari berkata, ia tempoh paling sukar buat dirinya serta keluarga namun dia tetap bersyukur ‘peringatan’ Allah SWT itu diterimanya sebelum dijemput menghadap-Nya.
Selepas setahun bergelandangan, dia diambil bekerja sebagai penyelaras bagi kerja-kerja kebajikan di lapangan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kini, Johari tinggal di rumah pusaka keluarganya dan menjadi kekuatannya untuk terus mencari rezeki adalah dua anaknya yang masih belajar di universiti.
Walaupun hari ini dia tidak berpendapatan jutaan ringgit namun Johari bahagia dan bersyukur kerana dapat membantu orang kurang bernasib baik terutamanya rakan-rakan gelandangan.
Sementara itu, kami mahu kongsikan kisah inspirasi untuk anda berjaya dalam kehidupan pada pautan di bawah.
Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu