Seorang pensyarah berusia 29 tahun berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjual daun kering di platform e-dagang.

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof berkongsi pengalamannya dan mendedahkan bagaimana semuanya bermula kepada Mstar baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau mendedahkan bahawa dia masuk ke dunia usahawan untuk mencari wang lebih bagi menampung keperluannya semasa belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai

Beliau menjelaskan bahawa pendapatannya sebagai pembantu penyelidik ketika itu tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, yang mendorongnya untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan.

Selepas melakukan beberapa kaji selidik, beliau mendapati bahawa daun Ketapang, yang sering dirujuk sebagai ‘daun India,’ mendapat permintaan tinggi di platform e-dagang eBay dan mudah didapati di kampusnya.

Beliau mendedahkan bahawa pelanggan pertamanya adalah seorang individu dari Texas, Amerika Syarikat yang telah membeli 30 helai daun pada harga AS$1 setiap satu.

Dari segi modal pula, Dr. Zul menyatakan bahawa tiada modal yang terlalu besar untuk pernigaan tersebut, beliau hanya perlukan kos untuk menghantar barang tersebut ke luar negara sebanyak RM8.

Menerusi perkongsiannya juga, Dr. Zul menyatakan bahawa dia berjaya memperoleh RM1 juta pertama pada usia 29 tahun.

Beliau juga kini telah menceburi industri restoran dengan membuka kedai makan biryani.

Sumber