Minggu lepas, sejarah tercipta apabila 60 rakyat Malaysia menjadi jutawan segera dalam sekelip mata sehingga ia mencetuskan perbincangan di kalangan netizen di media sosial.

Untuk pengetahuan anda, kejadian ini terjadi berikutan daripada jackpot besar Supreme Toto 6/58 mencecah RM121.7 juta – jumlah terbesar dalam sejarah loteri Malaysia, lapor NST.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Kejadian ini telah mencetuskan kejutan di seluruh negara dan topik jutawan segera turut dibincangkan di media sosial, terutamanya di Selangor dan Negeri Sembilan, di mana majoriti pemenangnya berasal daripada sana.

Tapi perlu diingat bahawa loteri ini kebanyakannya dimainkan oleh orang bukan Islam kerana bagi penganut agama Islam, hukumnya adalah haram kerana termasuk dalam perkara judi dan telah diterangkan secara teliti di IRSYAD HUKUM SIRI KE – 336.

60 Jutawa Segera: Impian Menjadi Kenyataan

Menurut kenyataan rasmi daripada STM Lottery Sdn Bhd, sebahagian besar jackpot, iaitu RM104.77 juta, telah dimenangi oleh 51 individu – enam dari Selangor dan 45 dari Negeri Sembilan.

Antara pemenang utama ialah seorang usahawan berusia 30 tahun dari Selangor yang membawa pulang RM34,923,156.10.

Jutawan Segera

Beliau juga menerima bonus System Play sebanyak RM269,168 selepas membeli tiket System 12 dengan nombor bertuah 5, 38, 39, 42, 46, dan 57.

“Selepas pulang dari luar negara, saya terinspirasi untuk memilih nombor-nombor ini. Saya ada perasaan kuat yang saya akan menang apabila jackpot melepasi RM100 juta,” katanya.

Beliau merancang untuk melabur wang kemenangan bagi mengembangkan kekayaannya yang baharu.

60 Jutawan Segera: Nasib Baik Tanpa Diduga

Seorang lagi pemenang, pemilik restoran berusia 38 tahun, berkongsi kisah menarik. Beliau dan rakan-rakannya adalah pemain pertama kali yang menyertai loteri ini semata-mata kerana jackpot rekod.

Jutawan Segera

“Kami hanya beli 130 set nombor Lucky Pick dengan RM260, tanpa sebarang harapan. Cuma nak ikut trend,” katanya. “Kami terkejut dan gembira menang dengan apa yang kami panggil ‘nasib pemula’.”

Kumpulan ini merancang untuk berkongsi wang kemenangan secara sama rata, tetapi masih belum membuat keputusan tentang cara menggunakannya.

60 Jutawan Segera: Sistem Lot Kreatif di Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan, 45 pemenang berkongsi RM34,923,156.10 dan bonus System Play sebanyak RM220,240. Kejayaan mereka adalah hasil idea kreatif seorang kontraktor binaan berusia 55 tahun.

Beliau membahagikan kos tiket kepada 60 “lot” dan menjemput rakan-rakan serta rakan sekerja untuk membeli saham.

Wang kemenangan akan dibahagikan mengikut bilangan lot yang dibeli oleh setiap peserta, dengan setiap orang menerima antara satu hingga sepuluh saham.

Jutawan Segera

Baki RM16.96 juta pula dikongsi oleh 17 tiket pemenang yang dijual di Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor melalui kaedah EZ-Bet. Setiap tiket memenangi RM997,804.20.

Jackpot RM121.7 juta ini telah memecahkan rekod sebelumnya sebanyak RM97.75 juta yang dicatatkan pada tahun 2022.