Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Altimet tampil mempertahankan bekas pemain bola kebangsaan Badrol Bakhtiar yang kelihatan gugup dan kurang yakin semasa memberi ucapan politik.

Dalam satu video yang tular di media sosial, kelihatan Badrol yang akan bertanding bagi DUN Gurun tampil membuat ucapan di salah sebuah ceramah politik di Kedah. Bagaimanapun beliau dikecam kerana memberi ceramah sambil melihat skrip.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagi netizen, tindakan Badrol itu tidak mencerminkan seorang ahli politik yang seharusnya bercakap dengan yakin tanpa memerlukan sebarang skrip.

Tetapi, bagi Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, orang ramai perlu memberi Badrol masa untuk menyesuaikan diri, “Bagi dia masa. Semua org mula dalam keadaan kurang mahir. Berucap ni satu skill yang boleh asah dengan berlatih,” katanya.

Ucapan Altimet itu turut disambut baik oleh sebahagian netizen. Bagi mereka ini adalah bidang baharu untuk Badrol yang baharu sahaja terjun dalam bidang politik selepas umum bersara.