Tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk sambil memegang pisau di sebuah apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah.
Cubaan polis untuk menahan suspek buntu kerana beliau mengacukan pisau dan cuba untuk mencederakan mereka yang mendekatinya.
Baca Juga:
- Puluhan Peniaga Bundle Mengamuk Kena ‘Scam’ Dengan Penganjur Dan Influencer TikTok
- Cubaan Mencuri Gagal, Wanita Ini Mengamuk ‘Smackdown’ Pencuri Telefon
- Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen
Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki yang datang dengan tendangan layang atau flying kick berjaya menghentikan situasi tegang tersebut.
Sejak video itu tular, kebanyakan netizen berteka-teki bahawa lelaki yang menendang suspek tersebut sebenarnya adalah speacial branch atau pegawai cawangan khas.
Tengok gaya Mamat flying kick – pakai all black, cross chest pouch, walk away from the scene quietly buat der aje
Confirmed special branch ni 😎 https://t.co/Z8oLh1zrnD— Harith Iskander (@HarithIskander) January 19, 2023
Melalui ciapan yang dibuat Harith Iskander, beliau menyatakan bahawa gaya lelaki tersebut berpakaian menunjukkan bahawa beliau adalah pegawai cawangan khas.
“Tengok gaya Mamat flying kick – pakai all black, cross chest pouch, walk away from the scene quietly buat der aje. Confirmed special branch ni,” kata Harith Iskander.
Dakwaan Harith itu kemudiannya di persetujui oleh sebahagian netizen yang turut mendakwa bahawa pakaian pegawai cawangan khas selalunya sama.
I suspected the same.
— zulhas (@zulhas2909) January 19, 2023
Letak helmet, tanggal sandal and ACTION!!!. Then walk away like nothing happen 😅 pic.twitter.com/huP82B58JC
— ♧3 (@de_ip4) January 19, 2023
Menurut laporan Sinar Harian, suspek yang mengamuk tersebut bekerja sebagai tukang gunting rambut dan pemegang kad pesakit mental.
Polis Ampang menyatakan bahawa kini siasatan lanjut sudah dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan.