Kisah Arif Muhammad, influencer media sosial Indonesia yang popular sebagai Mak Beti, menjadi tular setelah menceritakan pengalamannya jatuh sakit ketika menunaikan umrah.
Sebelum insiden jatuh sakit itu, Mak Beti sempat berkongsi video berunsur jenaka ketika tiba di hotelnya di Makkah.
Video tersebut memaparkan dirinya yang kononnya tidak pasti arah kiblat untuk menunaikan solat.
Dalam pada itu, dia turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap penetapan arah kiblat di hotel penginapannya.
“Saya pun keliru. Beginikah hotelnya? Jadi kalau saya nak solat, dan saya sakit, ke arah mana saya perlu solat?
“Anak panah kiblat pun tak ada. Boleh lihat di mana kiblatnya? Di Indonesia, setiap hotel ada anak panah kiblat,” katanya sambil berseloroh dengan mencari tanda arah kiblat di dalam laci, almari dan meja.
Selang beberapa hari, dia berkongsi perkembangan terkininya menerusi hantaran. Dalam video lain, pempengaruh itu kelihatan lemah terbaring di katil hospital.
Menurut perkongsiannya, dia jatuh sakit dengan gejala teruk seperti pening, demam, menggigil, sesak nafas, dan jantung berdebar laju.
Dia juga mengalami kesukaran untuk menelan dan merasakan sakit pada tekaknya setiap kali batuk. Dia menganggap keadaan ini sebagai teguran dan peringatan langsung dari ALLAH kerana kurang menjaga tutur kata selama berada di Tanah Suci.
Dekat Tanah Suci kau buat lawak macamni. Sekali Tuhan balas masatu juga baru tahu langit tinggi ke rendah 😅 pic.twitter.com/AJKbJeoVxb
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 19, 2025
Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan semakin baik selepas menerima rawatan. Situasi ini menjadi pengajaran tidak langsung bagi umat Islam yang sedang menunaikan umrah atau haji di Makkah.