Setiap umat Islam sememangnya mendambakan peluang untuk mencium Hajarul Aswad di Makkah paling kurang sekali dalam seumur hidup. Namun, ada segelintir individu pula sanggup menjadikan ibadah sebagai satu konten untuk meraih perhatian ramai.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial mengenai seorang founder kosmetik yang sedang melakukan tawaf dan mahu mencium Hajarul Aswad di Kaabah bersama pasukan yang dibawa.

Baca Juga:

Namun, apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila founder terbabit kelihatan berasak-berasak dengan jemaah lain yang turut mahu berbuat sedemikian. Sehinggakan ihram dia terbuka ekoran bertolakan antara satu sama lain kerana mahu menunaikan permintaan isteri dan pasukannya yang berhasrat mencium Hajarul Aswad.

Yang menjadi persoalan adalah video yang dirakam seperti sengaja untuk dijadikan konten untuk tatapan orang ramai. Walaupun dia menafikan perkara itu, reaksi yang diterima adalah sebaliknya.

Hantaran founder itu jelas menerima kecaman teruk daripada netizen tempatan kerana dianggap tidak ikhlas dan hanya mahu menjadikan ibadah sebagai konten semata-mata.

Sumber Gambar: IG Hafiz Mahammad
Sumber Gambar: IG Hafiz Mahammad

Dalam pada itu, ramai yang mendedahkan bahawa hukum tawaf adalah wajib tetapi mencium Hajarul Aswad jatuh kepada sunat sahaja. Malah, ramai tidak bersetuju dengan tindakan dia yang berkasar dengan orang sekeliling dek kerana mahu memberi keutamaan kepada pasukan yang dibawa.