Hancur luluh hati seorang founder wanita apabila mendapati salah seorang kakitangan yang paling dipercayai tergamak mengkhinatinya sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian mencecah RM400,000.

Pengasas Jamu Puteri Malaysia berkongsi perkara itu di laman media sosialnya yang mana mengatakan beliau kini sudah jatuh miskin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih malang lagi, syarikatnya sudah hampir ditutup kerana tidak mampu menampung kos pengoperasian dan terpaksa menjual motor dan barang kemas.

Video penerangan selanjutnya telah dimuat naik di akaun TikTok, mangsa yang dikenali Puteri Kasim berkata perkara itu terbongkar selepas suami suspek tampil mempersoalkan sumber kewangan isterinya.

Jarang masuk pejabat sebab masalah kesihatan

https://www.tiktok.com/@puterikasim/video/7291094676612975879?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_share&refer=embed&referer_url=thereporter.my%2Fkau-jangan-main-gila-dengan-aku-pazilah-founder-rugi-rm400k-ditipu-staff-sejak-2021%2F&referer_video_id=7291094676612975879

Menurut Puteri Kasim, beliau jarang masuk ke pejabat kerana kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan. Atas dasar kepercayaan yang tinggi, urusan pengoperasian syarikat diamanahkan kepada suspek yang juga merupakan pengurus syarikat.

“Saya lebih percayakan dia berbanding keluarga sendiri. Tetapi di saat saya menghadapi kesusahan dan syarikat hampir ditutup, dia boleh pula berbelanja mewah.

“Benda ini tidak akan terbongkar kalau dia tidak meminta cerai daripada suaminya,” katanya

Suspek juga dikatakan berlaku curang dan pernah dicekup oleh suaminya sendiri ketika berdua-duaan dengan lelaki lain di bilik hotel. Pasangan curangnya dipercayai dikenali daripada aplikasi Tinder.

Perubahan sikap si isteri membuatkan si suami mula berasa curiga dan bertanya Puteri Kasim bagaimana isterinya mendapat duit yang banyak. Hal ini kerana mereka bukannya datang daripada keluarga yang berada.

Susulan daripada hal itu, Puteri Kasim menemui bukti kecurangan suspek dalam telefon pintar pejabat. Suspek telah menggunakan telefon tersebut untuk berhubung dengan kekasihnya selama ini.

Enggan mengaku pecah amanah

https://www.tiktok.com/@puterikasim/video/7291097284408855826?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=thereporter.my%2Fkau-jangan-main-gila-dengan-aku-pazilah-founder-rugi-rm400k-ditipu-staff-sejak-2021%2F&referer_video_id=7291097284408855826

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati suspek juga mencuri sebahagian hasil keuntungan syarikat yang diperoleh daripada urusniaga di aplikasi TikTok dan Shopee.

Apabila ditanya berhubung perkara itu, suspek tidak mahu mengaku dan menjelaskan beliau tidak akan berbuat sedemikian terhadap Puteri Kasim yang mana banyak membantunya selama ini.

Terdahulu, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk menutup perniagaannya yang dirasakan tidak menjana keuntungan. Pihak auditor yang dilantik juga pernah mempertikaikan banyak stok yang terjual tetapi tidak selari dengan keuntungan yang diterima.

Lebih teruk lagi apabila beliau hampir berdepan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai wang untuk membayar cukai LHDN.

Namun, suspek memujuk untuk tidak berbuat sedemikian dan meneruskan sahaja perniagaannya. Puteri Kasim ketika itu hanya akur tanpa mengetahui pujukannya mempunyai niat yang tidak baik.

Suspek membeli-belah barangan mewah dengan wang syarikat

https://www.tiktok.com/@puterikasim/video/7291098591165173000?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=thereporter.my%2Fkau-jangan-main-gila-dengan-aku-pazilah-founder-rugi-rm400k-ditipu-staff-sejak-2021%2F&referer_video_id=7291098591165173000

Dalam situasi yang sukar, Puteri Kasim terpaksa menjual hartanya untuk menampung keperluan diri. Sementara suspek pula dengan senangnya membeli-belah barangan mewah yang diambil daripada keuntungan syarikat.

Antara barangan yang dibeli termasuklah sebuah bag berjenama Carhartt berharga mencecah RM550, Apple Watch, iPhone, sebuah kereta Honda dan banyak lagi.

Hal ini sekaligus mendorong kepada persoalan bagaimana suspek boleh membeli barangan mewah tersebut meskipun hanya berkerja sebagai pengurus syarikat sahaja.

Pengasas itu berkata beliau pernah meminta suspek memasukkan hasil keuntungan jualan di TikTok ke dalam akaun syarikat. Tetapi suspek memaklumkan tindakan itu hanya akan merugikan syarikat kerana LHDN akan mengenakan cukai yang tinggi.

Sekali lagi, beliau akur dengan nasihat suspek tersebut. Selain itu, suspek juga didakwa membuat ‘duit tepi’ dengan menjalankan urusniaga dengan ejen dan pelanggan lain menggunakan stok syarikat.

Hasil duit keuntungan yang yang diperoleh akan terus dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya. Puteri Kasim tidak menyangka, suspek yang dianggap sebagai adik sendiri serta berkerja dengannya sejak empat tahun lalu dengan gaji RM3,000 tergamak memperlakukannya seperti itu.

Berdasarkan keterangan daripada kakitangan lain, suspek sendiri pernah memaklumkan dirinya mampu membuat simpanan sebanyak RM50,000 sehingga RM60,000 setahun. Selain itu, suspek turut berbelanja mewah RM25,000 pada bulan lalu.

founder
Sumber Gambar: Twitter @puterikasim

Susulan kejadian itu, Puteri Kasim akan membuat laporan polis tindakan lanjut. Malah, beliau baru sahaja berkongsi bahawa terdapat kemungkinan segala penyakit yang dialami sebenarnya datang daripada suspek yang mengamalkan sihir.