Kecoh semalam di media sosial apabila tular sejumlah video yang memperlihatkan situasi cemas di Mekah yang dilanda ribut petir dan hujan lebat yang dahsyat.
Hal ini sekaligus menjejaskan jemaah umrah dan juga penduduk di sekitarnya. Kejadian yang jarang berlaku menunjukkan jemaah tergelincir dan basah kuyup.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Angin kencang dan hujan lebat di Mekah semalam. pic.twitter.com/KtqXOTcb8e
— Salim Iskandar (@Salim_Iskandar) August 23, 2023
Selain itu, kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam Diraja Mekah (Fairmont Makkah Clock Royal Tower) menerangi langit malam. Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani berkata ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.
Beliau berkata keadaan itu serupa dengan ribut yang berlaku pada tahun 2015 di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan kejadian itu telah mengorbankan lebih 100 orang.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam ribut yang berlaku pada Selasa. Penduduk Mekah, Abu Mayyada berkata ketika dia keluar untuk membeli rokok dan petrol, keadaan di hadapannya telah berubah menjadi hitam.
Kejadian itu berlaku ketika ribut tersebut melanda di tanah suci itu.
“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu. Saya tidak nampak apa-apa jadi saya mula mendengar al-Quran di radio.
“Saya tidak faham apa yang sedang berlaku,” katanya.
Pusat kaji cuaca memaklumkan di Twitter berkata kejiranan Mekah di Al-Kakkiyah telah merekodkan 45 milimeter (1.8 inci) hujan dalam tempoh 24 jam.
Mekah dilanda ribut dan hujan lebat pic.twitter.com/fM7tvx52Qg
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) August 23, 2023
Perkara itu turut menyebabkan mereka yang menjaga sekatan meluncur di lantai selain objek yang berada di sekeliling terbang ketika ribut melanda.
Dalam pada itu, penduduk turut mengatakan banjir kilat kebanyakannya telah surut menjelang pagi Rabu.
Susulan bencana itu, kerajaan wilayah Makkah berkata bahawa sekolah akan ditutup di kawasan itu dengan pembelajaran dijalankan secara dalam talian.
Sementara itu, pusat meteorologi juga mengeluarkan amaran tentang ribut yang melanda pada Rabu, di mana wilayah Mekah dan tempat lain di barat Arab Saudi akan mengalami hujan dan ribut petir.