Sudah menjadi kebiasaan buat ibu bapa hari ini memberi gajet kepada anak-anak untuk mengisi masa lapang mereka. Namun, tanpa sebarang sekatan akses kepada kandungan di internet boleh mempengaruhi pemikiran anak kecil yang menontonnya.

Terbaharu, seorang guru tadika yang dikenali sebagai Najwa Ayub menemui satu saluran YouTube yang memaparkan aksi-aksi ganas di mana berjaya dikesan menerusi lukisan salah seorang anak muridnya ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Najwa Ayub

Menurutnya, saluran ini pada asalnya hanyalah meme kepala manusia keluar daripada mangkuk tandas dan nyanyi berulang kali dan sejak dari situ, mereka mula naik taraf saluran mereka dengan video creepy, horror, grotesque dan main tembak-tembak. Jelasnya lagi, semua video dalam saluran ini tiada jalan cerita yang spesifik.

Sumber Gambar: Najwa Ayub

Selain tidak mempunyai jalan cerita yang jelas, pihak penyedia dilihat sengaja menggunakan lagu latar belakang yang diubah suai untuk merangsang deria dan juga otak secara ekstrem.

Hal ini sekaligus membuatkan anak-anak akan ketagih pada konten tersebut dan lebih teruk lagi mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka.

Menurutnya, kaedah dan formulasi ini digunakan untuk menarik minat kanak-kanak di bawah umur 7 tahun agar dapat ditonton berulang kali.

“Sebab apa? Anak-anak dibawah umur 7 tahun ni, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ni memang market segment untuk YouTubers target for easy money.

“Buat content yang tak perlu make sense pun, janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ni impulsively tengok ulang-ulang banyak kali.”

“Koranggg! Depa siap ada algorithm/formula tau dakkkk untuk create addictive content for kids under 7.”

Ulasnya lagi, saluran Skibidi Toilets ini mungkin tidak begitu terkesan buat remaja dan budak umur 8 tahun ke atas, tetapi untuk anak-anak yang berumur di bawah 7 tahun, ianya sangat membahayakan perkembangan otak mereka.

“Otak mereka sedang berkembang pesat, anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka, Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna.”

“Yang hanya menunjukkan keganasan semata, Apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?”

Malah, penulis sendiri melihat banyak kanak-kanak yang meniru aksi karakter kepala dalam mangkuk tandas itu sambil menyanyi lagu seperti yang dipaparkan dalam video yang dihidangkan menerusi YouTube. Tindakan tersebut itu sudah pasti tidak normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Oleh itu, guru ini meminta para ibu bapa di luar sana agar pantau perkembangan anak mereka. Hantaran beliau sudah pasti menarik perhatian warganet yang mana rata-ratanya bersetuju bahawa ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet serta kandungan yang ditonton oleh anak-anak.