Bahrain berjaya menewaskan Malaysia dalam aksi kumpulan E temasya Piala Asia 2023 Qatar dengan keputusan 1-0 sekaligus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

Jaringan tunggal pada lewat permainan menerusi rembatan Ali Madan sudah cukup untuk memberikan Bahrain kemenangan dan mematahkan hati jutaan peminat bola sepak Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas perlawanan, ketua jurulatih negara iaitu Kim Pan-gon meminta maaf kepada peminat bola sepak negara kerana meletakkan sasaran terlalu tinggi.

“Sebagai ketua jurulatih, ini masalah saya. Bukan salah pemain dan bukan salah FAM. Ini salah saya,” kata Pan-gon menurut perkongsian wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Sebelum ini, jurulatih dari Korea Selatan itu meletakkan sasaran untuk pasukan negara melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Akan tetapi, kekalahan 4-0 kepada Jordan dan 1-0 kepada Bahrain baru-baru meletakkan pasukan negara di posisi hampir pasti terkeluar dari temasya Piala Asia edisi kali ini.

Pada perlawanan di Stadium Jassim Bin Hamad semalam, barisan pemain negara tampil dengan lebih meyakinkan bertemu dengan pasukan tangga ke-86 ranking dunia itu.

Beberapa peluang dimiliki oleh pasukan negara dimana peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan hadir menerusi Arif Aiman namun rembatan deras beliau pada separuh masa pertama berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla.

Setelah berhempas pulas bertahan, Malaysia akhirnya kecewa pada saat terakhir permainan apabila percubaan luar kawasan penalti Ali Madan ketika situasi sepakan penjuru berjaya merobek gawang skuad negara untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Bahrain.