Jika dahulu, Datuk Red pernah mendedahkan cita-citanya semasa zaman sekolah iaitu mahu berkahwin dua sudah tercapai, kini dia tidak menggalakkan golongan suami untuk berkahwin lebih daripada satu.
Menerusi temu bual di stesen radio Zayan, Datuk Red memberitahu seorang isteri sudah mencukupi berdasarkan pengalamannya memiliki dua isteri.
Baca Juga:
- ‘Anak Puasa Tapi Tiada Duit, Adira Bagi Pinjam RM100’ – Datuk Red Dedah Sudah 5 Tahun Muflis
- ‘Mungkin Ini Balasan Untuk Saya’ – Datuk Red Akur Adira Nekad Bercerai
- Lelaki Ini Menyirap Tengok Muka Datuk Red Yang Menipu Ibunya RM60,000
@ceopemes Abg red steady #fypシ゚ #foryoupage #fypシ゚viral #abgred #datored
Tambahnya, sekiranya ada kelemahan dan kekurangan, maka langkah terbaik yang perlu diambil adalah dengan memperbaiki kerana menguruskan hal rumah tangga dengan dua isteri bukanlah satu perkara yang mudah.
“Seronok sangat dia ni kahwin dua maklumlah ada dua isteri. Orang pun pandang ‘wah hebat brother ni, apalah ilmu dia pakai’.
“Tapi sebenarnya kalau boleh mengikut pengalaman saya, ini nasihat saya tak payah lah (kahwin dua). Ada yang satu tu, itulah dia. Apa kurangnya dia (isteri), ubahlah sendiri. Apa yang rosak, kita perbaiki saja lah.” ujarnya.
Untuk rekod, Datuk Red dikatakan sudah bernikah sebanyak tiga kali. Menurut sumber, isteri pertama diceraikan selepas tidak lama dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenar Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Datuk Red kemudian berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.