Seperti yang dilaporkan semalam, pelancong diingatkan untuk memakai baju putih, warna gelap, hitam sebagai tanda hormat susulan kemangkatan Ratu Sirikit, ibu kepada Raja Thailand sekarang, Raja Vajiralongkorn.

Susulan itu, dilaporkan oleh media tempatan kini baju berwarna hitam sudah berada dalam stok yang terhad di majoriti pasar-pasar tempatan di sana.

Sementara di provinsi Prachin Burin memperlihatkan kesemua kedai di sini sudah kehabisan stok. Ringkasnya, pakaian habis dijual di Prachin Buri adalah sebahagian daripada kesan permintaan tinggi di seluruh Thailand untuk pakaian berkabung semasa tempoh perkabungan nasional.

“Sekarang setiap kedai sudah habis terjual kesemua pakaian hitam. Tiada sebarang kedai pun yang memiliki stok kerana permintaan yang terlalu tinggi,” jelas seorang peniaga tempatan.

Difahamkan pembekal borong mendakwa mereka tidak boleh memenuhi permintaan semasa yang tinggi. Jadi, para peniaga terpaksa menunggu beberapa hari sebelum stok baharu tiba.

Malahan, kerajaan telah mengarahkan kesemua penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memakai pakaian berwarna hitam untuk setahun.

Dalam pada itu, pihak berwajib meminta kerjasama orang awam untuk turut menyertai perkabungan ini dengan mengenakan kod warna pakaian dengan berkabung mengikut kesuasian yang ramai fikirkan.

Jabatan Perdagangan Dalam Negeri memberi amaran keras: Pemilik kedai yang mencatut (menaikkan harga secara berlebihan) bagi pakaian berkabung hitam di Thailand boleh berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah. Amaran ini dikeluarkan kerana banyak kedai kehabisan stok pakaian hitam selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Sirikit, Ibu Ratu.

Hal ini kerana ada segelintir kedai disyaki sengaja mengenakan caj yang mahal untuk pakaian berwarna hitam yang mana sudah yang melanggar Akta Harga Barang dan Perkhidmatan yang ditetapkan.

Fenomena ini menjadi serius kerana ada yang mengambil kesempatan susulan permintaan yang luar biasa pada kali ini.

Mereka yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara mencecah 7 tahun lamanya dan denda setinggi 140,000 baht atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.