Penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi, 31, didakwa sudah merisik wanita pilihannya pada satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga menerusi satu hantaran video tular di platform TikTok.
Menerusi perkongsian video TikTok @hairamikayla00 itu memaparkan Sufian bersama ahli keluarga pergi ke kediaman wanita itu bagi tujuan merisik.
Baca Juga:
- Sufian Suhaimi Terpilih Sebagai ‘Most Admired Leaders’ Dalam Asia Awards 2019
- Lagu Raya Dendangan Dr. Adham Baba Dan Sufian Suhaimi Pada 2017 Kembali Tular
- Muzik Video ‘Di Matamu’ Sufian Suhaimi Sentuh Hati Peminat
@hairamikayla Tahniah buat sufian suhaimi serta gadis pilihannya #artis #fyp #sufiansuhaimi #shhnuffles #merisik
Menguatkan lagi dakwaan tersebut, akaun TikTok itu juga berkongsi kapsyen – ‘Tahniah buat Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya’.
Di ruangan komen video yang dikongsikan, warganet mengucapkan tahniah kepada mereka.
Pada masa orang ramai turut memuji kecantikkan pasangan Sufian itu.



Terdahulu, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy. Namun, ikatan tersebut terputus di tengah jalan.
Sufian juga pernah menghadiri majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Aiman Tino dengan berpakaian warna merah sedondon bersama wanita pilihan hatinya.