Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan kepercayaan kepada ‘barisan kedua’ negara untuk menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026.

Kejohanan dwitahunan yang dianjurkan Badminton Asia itu menyaksikan Malaysia pernah muncul juara edisi 2022 dan kemudiannya naib juara 2024.

Kejohanan yang bakal memasuki edisi keenam itu dijadualkan berlangsung di Tsingtao, China bermula 3 hingga 8 Februari nanti.

Keputusan undian menyaksikan skuad lelaki berada dalam satu kumpulan dengan Indonesia dan Myanmar manakala skuad wanita hanya berada bersama China.

Ini bermakna skuad wanita tetap akan mara ke suku akhir meskipun jika mereka gagal untuk menewaskan China.

BAM Umum Senarai Pemain Hadapi BATC 2026

BAM Umum Senarai Pemain Hadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2026
Kredit Foto: BAM

Barisan pemain yang disenaraikan oleh BAM pada kali ini bagi skuad lelaki ialah Justin Hoh, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Eogene Ewe dan Kong Wei Xiang bagi acara perseorangan.

Beregu lelaki pula bakal menampilkan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jia-Muhammad Haikal Nazri dan Kang Khai Xing-Aaron Tai.

Skuad wanita pula menampilkan K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Oo Shan Zi dalam perseorangan manakala harapan bagi acara beregu pula diletakkan di bahu Ong Xin Yee-Carmen Ting, Chong Jie Yu-Vanessa Ng dan Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi.

Ranking Dunia
Ong Xin Yee-Carmen Ting. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Selain daripada muncul juara edisi 2022 dan naib juara 2024, skuad lelaki pernah menjadi naib juara saingan 2020 dan meraih kedudukan ketiga pada 2018.

Sementara itu pasukan wanita pernah dua kali mendapat tempat ketiga iaitu pada edisi 2020 dan 2022.

Langkah BAM dalam menurunkan barisan kedua ini wajar dipuji kerana negara lain juga dilihat mengambil pendekatan sama sebagai pendedahan kepada pemain lapisan kedua untuk menggalas tanggungjawab besar dalam kejohanan berkumpulan.

Ia juga penting supaya tidak terlalu bergantung kepada pemain utama yang selepas ini mempunyai misi lebih besar seperti Piala Thomas 2026.

Sumber