Sejak tahun lalu lagi, kita sudah kedengaran ura-ura bahawa Apple Store rasmi bakal dibuka di Malaysia. Hal ini dikuatkan pula dengan gambar proses pembinaan serta penawaran jawatan kerja di cawangan Malaysia menerusi laman rasmi Apple sendiri.

Terbaharu, seorang pengguna X iaitu @xaviernaxa telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan pekerja sedang meletakkan logo Apple di sebuah bangunan berdekatan kawasan bangunan TRX Exchange.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan perkongsian video itu, kita sudah tidak perlu berteka-teki lagi dengan lokasi sebenar Apple Store Malaysia yang dijangka bakal buka pada Februari 2024 mengikut laporan Bloomberg sebelum ini.

Sumber Gambar: X

Bangunan itu sendiri memiliki rekaan  unik di mana sangat bertepatan dengan tema Apple yang sering membawakan kelainan pada kedai-kedai mereka.

Buat masa ini, ia adalah satu-satunya Apple Store yang dijadualkan akan wujud di Malaysia menurut perancangan Apple sehingga tahun 2027.

Terdapat rancangan pembukaan 15 lokasi Apple Store baru di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2027. Berita gembira ini melibatkan Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, sebagai destinasi yang bakal hadir dengan kedai Apple pertama itu.

Tidak hanya itu, malah negara Asia lain seperti India, Korea Selatan dengan dua lokasi dan China juga turut disenaraikan kehadiran kedai Apple Store. Selain itu, dalam jangka masa yang sama, lima kedai akan dibuka di Eropah dan Timur Tengah, sementara empat lagi akan menyusul di Amerika Utara.

Ini menunjukkan komitmen Apple dalam memperluas kehadiran mereka di seluruh dunia untuk menyampaikan pengalaman teknologi terbaik kepada pengguna setia mereka.

Dengan pembukaan Apple Store di The Exchange TRX pada tahun hadapan, Malaysia bakal menjadi negara ke-27 Apple Store bertapak.

Sementara itu, peminat tegar Apple tempatan turut meluahkan rasa gembira dengan berita terbaharu ini. Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store pertama di Kuala Lumpur.