Seramai 51 rakyat Malaysia kini disenaraikan sebagai masih belum dapat dihubungi selepas banjir besar melanda daerah Rasuwa, Nepal.
Senarai berkenaan dikeluarkan Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal pada Khamis.
Secara keseluruhan, pihak berkuasa Nepal menyenaraikan 537 warga asing dari lebih 30 negara yang dilaporkan hilang susulan bencana banjir di kawasan Bhotekoshi.
Daripada jumlah tersebut, 51 rakyat Malaysia yang menggunakan khidmat agensi pelancongan Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour serta Kailash Journeys disenaraikan masih belum dapat dikesan.
Dipetik daripada sumber BERNAMA, erikut merupakan kesemua 51 nama rakyat Malaysia yang disenaraikan:
1. A Ganesan Anandan
2. Appannah A Muthaloo
3. Arunasalam Karuppiah
4. Azman Bin Karim
5. Balasingam Kesavan
6. Brabaakaran Krishnan
7. Eswary Mani Raj
8. Gunanesan Vellaisamy
9. Gunavathy Muthusamy
10. Inthumathy Subramaniam
11. Jason Ngeow
12. Kalai Mathe Karuppaiah
13. Kalaiselvi P Narayanasamy
14. Kannan Kerisna
15. Karunanithi Sundram
16. Kirubanithi Alagappan
17. Komathi Rethinam
18. Krishnan Vadivelu
19. Letchumy Sinnappan
20. Lingam Samykanoo
21. Malani M Vellu
22. Mangala Vanan Krishnasamy
23. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa
24. Mohd Nohan Bin Salim
25. Mohd Padzil Bin Daros
26. Mohd Sani Bin Harul
27. Muhamad Nasir Bin Abdul Talib
28. Muhammad Haziq Bin Ismail
29. Murukan Supramaniam
30. Nahentran Ganasan
31. Navein Palani
32. Neelavany Marimuthu
33. Padmahwathi A Govindasamy
34. Poobalan Murgaya
35. Poornima Alagappan
36. Rajita Sivan
37. Raman Supramaniam
38. Ravindar Ayyavoo
39. S Gomathi Sitoralingam
40. S Ramu Sawasamy
41. Santhanaletchmi Tiruganasambandam
42. Saraswathi Nagaratnam
43. Saratha Alagappan
44. Shabuddin Bin Mun
45. Suguna Balan
46. Thanapalan Muthoo
47. Vallie Palaniasamy
48. Vanajah Vadival
49. Vennila Muniandy
50. Vijayan Perumal
51. Yougesvari Subramaniam
Dalam senarai sama, India mencatat jumlah warga negara paling ramai yang dilaporkan hilang dengan 178 orang, diikuti Amerika Syarikat dengan 65 orang dan Ukraine sebanyak 53 orang.
https://x.com/BNODesk/status/2092568283098575057
Perkembangan terbaharu ini berlaku ketika operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan susulan banjir besar yang melanda kawasan berkenaan.
Pada masa sama, Wisma Putra turut menerima laporan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang gagal dihubungi adalah 57 orang, enam lebih tinggi berbanding 51 nama yang terdapat dalam senarai pihak berkuasa pelancongan Nepal.