Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak pada 2.75%, paras yang tidak berunah sejak diturunkan pada bulan Julai lalu.
Pelarasan pada bulan Julai menandakan perubahan pertama BNM kepada kadar penanda aras sejak Mei 2023.
Baca Juga:
- Bimbang Jadi Bisnes Ambil Kesempatan, Bank Negara Digesa Pantau ‘Ejen Duit Raya’

- Ramai Tak Tahu, Bank Negara Ada Wang Kertas Terbesar Dunia Bernilai RM600

- Bank Negara Malaysia Beri Penjelasan Isu Kadar USD Yang Mencecah RM6.24 Di Google

Kenyataan Bank Negara Malaysia
“Pada peringkat OPR semasa, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menganggap pendirian dasar monetari adalah sesuai dan menyokong ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau perkembangan berterusan dan menilai imbangan risiko yang mengelilingi prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” kata BNM dalam satu kenyataan.
Bank pusat itu berkata petunjuk terkini menunjukkan ke arah pengembangan berterusan dalam pertumbuhan global, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang mampan.
Kesimpulan beberapa rundingan perdagangan, sedikit sebanyak, membantu meredakan ketidaktentuan global.
Pada separuh pertama 2025, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4%, didorong oleh perbelanjaan dan pelaburan yang mampan, dan kekal di landasan untuk berkembang antara 4% dan 4.8% bagi tahun tersebut.

“Melangkah ke hadapan ke 2026, pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
“Pekerjaan, pertumbuhan gaji dan langkah dasar berkaitan pendapatan akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah,” ujar Bank Negara.