Umum ramai yang mengetahui walaupun jauh daripada kawasan orang ramai, Space U8 merupakan salah satu tempat pilihan ramai untuk menonton wayang dan menunaikan solat di surau yang sangat selesa.
Baru-baru ini pihak MBO Cinemas mengumumkan bahawa pawagam di situ akan ditutup pada 29 September nanti.
Baca Juga:
- Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?
- Bakal Buka Gelanggang Futsal, Netizen Gembira Space U8 Buat ‘Comeback’
- Ini Mungkin Surau Tercantik Di Pusat Membeli Belah Di Malaysia. Menakjubkan!
Menerusi hantaran Facebook MBO Cinemas, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepada mereka selama ini.
“Dengan berat hati, kami mengumumkan hari terakhir operasi MBO Space U8 adalah 29 September 2024. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan berterusan daripada anda.
“Kami amat mengalu-alukan pelanggan yang dihargai untuk berkunjung ke cawangan terdekat di MBO Harbour Place dan MBO Quayside Mall untuk terus menikmati filem kegemaran anda dengan MBO Cinemas,” petik kenyataan rasmi.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang berasa sedih apabila mendapat tahu berita itu.
MBO Space U8 menjadi pilihan ramai kerana mempunyai ruangan parkir yang banyak dan tidak perlu bersesak. Pada satu ketika dahulu ia merupakan pawagam yang paling berhampiran dengan institusi pengajian sekitarnya.

