Pada awal minggu ini kita dikejutkan dengan insiden dua maut akibat keracunan makanan selepas makan telur dan mihun yang disediakan program sekolah. Insiden itu telah mendapat perhatian Chef Wan.

“Kebanyakkan orang melayu kita yang meniaga ini, mereka tiada ilmu tentang kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan,” komen Chef Wan berhubung insiden itu.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video TikTok @maskulinmy, Chef Wan menjelaskan bakteria yang ada mudah membiak sekiranya makanan tidak dikendalikan dengan betul.

@maskulinmy

Kecoh baru-baru ini apabila berlakunya kes kanak-kanak dan remaja maut akibat keracunan makanan selepas makan mihun dan telur mata yang diedarkan dalam sebuah program sekolah. Chef selebriti, Chef Wan tampil meluahkan kebimbangannya melihat pengendali makanan di negara kita. chefwan keracunanmakanan maskulin majalahmaskulin

♬ original sound – Maskulin – Maskulin

Chef Wan juga menekankan bahawa dengan cuaca terik di Malaysia, suhu tinggi memberikan ruang dan peluang untuk bakteria membiak dengan lebih mudah.

Beliau memberikan contoh, apabila makanan panas disimpan dalam bekas tertutup serta-merta, wap yang terhasil dalam bekas itu akan menjadikan suhu terbaik pembiakkan bakteria.

“Sebab itulah nasi goreng, mi goreng dan sebagainya cepat basi,” katanya.

Tambah Chef Wan lagi, ada ramai peniaga ‘tamak’ yang mahu menjual pelbagai benda. Namun hanya memiliki kuantiti peti sejuk yang terhad untuk menyimpan kesemua masakan di dalamnya.

Apabila penyedia katering menerima tempahan yang tinggi, kesemua makanan disumbat di dalam peti sejuk. Lalu menyebabkan peti sejuk tidak lagi sejuk dan memudahkan virus dan bakteria membiak.

“Jika kita mahu hantar makanan katering, kita perlu sejukkan secepat mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.

“Saya rasa semua orang dekat sekolah patut hantar mereka (katering) menghadiri kursus penyediaan makanan bersih & selamat.

“Bila mereka sudah ada sijil, barulah benarkan mereka mengendalikan katering untuk orang awam,” cadang Chef Wan.

Di dalam video itu juga, beliau menyatakan negara US tidak membenarkan sebarang perniagaan dibuat dari rumah atas sebab-sebab kebersihan dan keselamatan.

“Tapi di sini (Malaysia) semua orang boleh meniaga. Tapi kosong ilmu kebersihan.

“Andai kata anda tanya mereka apa jenis kuman, suhu — kosong, kosong. Asal boleh masak saja, jual-jual,” tegasnya.

Terdahulu, dua maut selepas memakan telur dan mihun yang disediakan untuk satu program sekolah.

Menurut laporan Harian Metro, 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan sarapan pagi berupa bihun goreng dan telur mata.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata insiden itu disyaki disebabkan kedua-dua makanan itu yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.