Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir menyatakan pihaknya telah menerima laporan berhubung seorang budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut selepas dipercayai keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah.

Laporan itu dibuat oleh keluarga kedua-dua mangsa, petik Berita Harian.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di sini. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit birit selepas memakan makanan itu kelmarin.

“Jam 1.30 petang semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.

Kemudian mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut.

Setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin.

Menurut si ayah, dia serta isteri dan anak lelaki mereka makan telur mata tersebut. Sementara dua anak perempuan hanya makan mihun sahaja.

“Arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut.

“Saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah,” kata si ayah kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.