Seorang lelaki berusia 38 tahun telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Makmah Seysen gara-gara merotan anak tirinya yang gagal menjawab soalan Matematik.

Menerusi laporan Astro Awani, lelaki terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan sebelum pihak mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut terhadapnya.

Baca Juga:

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Bapa tiri itu juga diperintah berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama lima tahun serta menjalani khidmat kaunseling keibubapaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, tertuduh diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mengalami kecederaan fizikal gara-gara dipukul menggunakan rotan oleh lelaki terbabit yang juga bapa tirinya di sebuah rumah di Wangsa Maju.

Oleh sebab itu, pendakwaan telah dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, Noorhani Mohmmed Ayub selaku Timbalan Pendakwa Raya memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada pesalah agar dapat dijadikan pengajaran kepada lelaki terbabit serta ibu bapa yang lain.

“Gelaran ayah (ayah tiri) bukan lesen untuk nemukul mangsa sedemikian bagi tujuan mendispilinkan mangsa. Mangsa beritahu ayahnya yang pukul dan hanya kerana kesalahan Matematik mangsa tidak sepatutnya dipukul seperti itu. Mangsa memerlukan kasih sayang seorang ayah kerana ayah dan ibunya cerai,” katanya lagi.

Bagaimanapun, peguam Arik Zakri Abdul Kadir yang mewakili tertuduh memohon denda yang rendah kerana anak guamnya menanggung keluarga manakala isterinya yang juga ibu kandung mangsa kini mengandung empat bulan.

Berdasarkan fakta kes tersebut,pada 16 Jun yang lalu, satu pemeriksaan kesihatan dan pemberian imunisasi vaksin untuk murid darjah satu telah dijalankan oleh Bahagian Pasukan Sekolah Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di sekolah mangsa.

Sewaktu membuat pemerikasaan, jururawat dan pegawai perubatan menemui kesan lebam pada bahagian tangan mangsa sebelum melaporkannya ke guru kelas. Perkara itu juga turut diadukan ke pihak JKM melalui Talian Kasih.

Selepas disiasat, mangsa memberitahu dia dirotan oleh ayahnya gara-gara tidak boleh menjawab soalan Matematik dan kes tersebut dilaporkan pada 23 Jun lalu.

Lebih teruk lagi, kanak-kanak lelaki itu juga mengalami kecederaan soft tissue injury over posterior left knee and posterior right cart yang berpunca daripada rotan.