Baru-baru ini tular di laman media sosial dimana salah seorang doktor menegur tindakan kanak-kanak yang menghabiskan satu mangkuk gulai kaki ayambersama sepinggan nasi.

Seorang Pakar Estetik Perubatan bernama Dr Kenneth Wong telah membuat video untuk menegur tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup memberikan makanan berkolesterol tinggi dan tidak sihat kepada bayi demi konten.

Baca Juga:

Selepas video teguran itu tular, bapa kepada kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji di TikTok itu memuat naik video yang mempertahankan tindakan anaknya yang menghabiskan gulai kaki ayam.

“Alamak, doktor ini sedih pula tengok bang aji makan. Tapi doktor ini bagi nasihat semua betul.

“Memang betul bang aji makan kaki ayam satu mangkuk. Tapi dalam mangkuk tu ada enam batang saja kaki ayam. Kaki ayam tu kecil saja (merujuk kepada jari kelengkeng). Kalau satu mana kenyang. Dia makan enam batang.

“Dia makan dengan nasi, tapi tak habis pun. Jangan risau tentang bang aji. Dia sihat saja. Dia makan masakan yang ibu dia masak yang mana kurang gula dan kurang garam.

“Di rumah bang aji, gula sekilo tahan tiga bulan. Percaya ke tidak. Cuba komen. Jangan risau, doakan kesihatan bang aji,” katanya.

Dr Kenneth berkata masalah kesihatan bagi anak obesiti itu berkemungkinan tidak dapat dilihat dengan ketara pada usianya muda.

Namun, anak kecil ini bakal berdepan dengan penyakit seperti tekanan darah tinggi juga kencing manis atau diabetes jika pemakanannya tidak dikawal sejak awal.

Lebih parah lagi, kanak-kanak tersebut boleh mengalami masalah kegagalan organ hati kerana tidak dapat berfungsi secara normal dan optimum disebabkan lemak berlebihan di dalamnya.

Keadaan ini dinamakan sebagai penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Steatosis atau Fatty Liver Disease di mana kandungan lemak di dalam sel hati melebihi lima peratus daripada berat hati yang normal.

Oleh itu, Dr Kenneth menyarankan agar ibu bapa mengambil serius mengenai masalah obesiti dalam kalangan anak-anak mereka.