Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim menyatakan barangan basah antara barangan keperluan yang sedang diteliti untuk dimasukkan ke dalam senarai pembelian Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Senarai itu akan dikemas kini selewat-lewatnya sebelum Ramadan, petik Free Malaysia Today.
“Ada pandangan yang diberikan oleh beberapa pihak, dan kementerian sedang meneliti untuk memasukkan barangan lain kerana ada permintaan untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya,” katanya selepas menyertai aktiviti gotong-royong Jelajah Kasih Madani di Bukit Selambau, Sungai Petani, lapor Bernama.
“Kita jangkakan sebelum Ramadan ini ia dapat dilaksanakan supaya menjelang Aidilfitri, atau perayaan-perayaan lain selepas ini, dapat memberi kelegaan kepada masyarakat (untuk membeli barangan),” katanya.