Dengan peningkatan kos sara hidup, kerajaan sedia memberikan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar di negara ini. Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu meringankan beban membeli barangan harian.

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat dalam program itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Beliau berkata antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus’s Malaysia dan Giant Hypermarket.

“Penerima SARA hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana 600 pasar raya atau kedai runcit terlibat.

“Jika ada baki sumbangan dari bulan pertama (yang bermula hari ini), baki boleh carry forward (bawa ke hadapan) untuk guna pada bulan yang berikutnya,” katanya lagi.

Ahmad berkata senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi pautan Bantuan Tunai.

Dalam pada itu, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima SARA berjumlah RM600 mulai hari ini, dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini.

Sumber