Kementerian Kewangan (MOF) mengeluarkan kenyataan rasmi di mana penyaluran Penghargaan Sumbang Asas Rahmah (SARA) pada hari kedua terus mencatat transaksi tinggi.
Lebih 900 ribu rakyat Malaysia menyempurnakan perbelanjaan mencecah RM60 juta seluruh negara pada 1 September.
Baca Juga:
- MyKad Rosak, Susah ‘Claim’ SARA RM100? Ini Cara Ganti Di JPN, Boleh Siap 30 Minit

- Kementerian Kewangan: ‘Sistem MyKasih Tergendala Kerana Lonjakan Volume Transaksi Terlalu Tinggi’

“Secara keseluruhan lebih 1.7 juta penerima telah berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari. Nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,” kata MOF.
Tambahnya oleh kerana peningkatan transaksi pada hari pertama, peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan oleh MyKasih telah membolehkan 20% lebih banyak traksaksi diproses pada hari kedua.
Bagaimanapun, menurut MOF walaupun kapasiti telah ditingkatkan, terdapat kesesakan sistem dicatatkan di beberapa lokasi.
Perkara itu turut melibatkan di beberapa pasar raya besar di kawasan bandar ketika waktu puncak antara jam 1.00 hingga 2.30 petang.
“Bagi menguruskan situasi ini, petugas MyKasih telah ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isi secara terus di lapangan dan memberikan sokongan kepada peniaga.
“Orang ramai turut dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian,” kata pihak MOF.