Bagi meraikan ulang tahun ke-50 di Malaysia, KFC telah berkolaborasi dengan kartunis terkenal, Ujang dan jenama pakaian tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) untuk menghasilkan topi reversible bucket hat edisi terhad.
Sesuai dijadikan koleksi, ada yang mengambil peluang untuk menjual semula dengan berkali-kali ganda nilainya daripada harga asal.
Baca Juga:
- ‘Reseller’ Ambil Kesempatan, Koleksi Istimewa BlackPink Dan Starbucks Dijual Semula Dengan Harga RM1,599
- Jersi Nigeria Kini Dijual Semula Dengan Harga Tiga Kali Ganda Lebih Mahal
- Remaja Ini Beli 100 Pasang Kasut Adidas Yeezy Untuk Dijual Semula
Menerusi hantaran Facebook Ibrahim Ujang Anon, didapati topi tersebut ada dijual semula menerusi platform GRAILED pada harga mencecah USD255, jika mengikut pertukaran mata wang Malaysia pada ketika ini bernilai RM1,199.
Menerusi platform itu juga, terdapat dua lagi unit topi dijual semula pada harga USD199 (RM935) dan USD179 (RM841).
Untuk makluman, topi ulang tahun ke-50 KFC itu mempunyai dua rekaan berbeza pada bahagian luaran dan dalaman, sekaligus membolehkan pengguna menggayakan topi tersebut dengan mana-mana rekaan diminati.
Topi berharga RM29.90 itu boleh didapatkan di mana-mana cawangan KFC berhampiran anda atau melalui laman web KFC sendiri — memandangkan topi KFC kini menjadi rebutan ramai, berkemungkinan anda perlu mencarinya di merata-rata tempat lain.