Walaupun perayaan dah semakin perlahan tetapi kami yakin anda mesti masih dalam mood Raya kan. Semua orang masih ada majlis makan Raya bersama syarikat, rumah terbuka, pertunangan keluarga, dan banyak lagi.

Itulah pentingnya pemilihan kasut anda mestilah cantik dan selesa supaya dapat menikmati raya dengan lebih syok. Nak ziarah berpuluh-puluh rumah sehari pun takda hal lah.

Rayakan sebulan jadi sepanjang Syawal anda masih boleh beraya puas puas tau!

Kalau anda nak tahu. Bata lancarkan kempen terbaru mereka “Surprisingly Bata” iaitu Koleksi Baharu Bata Red Label yang mempamerkan keselesaan dan gaya serba boleh.

Bukan itu sahaja, anda mesti kenalkan dua pelakon pujaan ramai ni. Syoknya, kali ni Bata memperkenalkan Aedy Ashraf dan Anna Jobling sebagai Duta Bata Red Label baru mereka. Wah! Barulah best dapat shopping kasut raya dipakai oleh artis favourite kita ni!

Bata Red Label – “Memang Bergaya, Memang Selesa” bertemakan konsep raya. Syoknya!

“Surprisingly Bata” ialah kempen yang bertujuan untuk menonjolkan keselesaan dan serba boleh dalam koleksi gaya Bata Red Label ni.

Bata Red Label ini bukanlah Bata yang anda selalu dengar seperti dulu-dulu tu. Dahulu berkonsepkan tradisional, gaya yang basic seperti kasut kerja dan sekolah. Tapi, sekarang sebagai gantinya, anda akan dapat gaya yang lebih aesthetic dan menarik.

Pasti buat anda teruja dengan generasi baru trend-setters dan go-getters ni. Paling penting selesa dan berpatutan tanpa menjejaskan gaya tau.

Jadi inilah beberapa petua tentang cara memastikan almari pakaian raya anda sentiasa segar dengan kasut Bata Red Label!

Kasut yang bergaya, serba boleh dan selesa. Bata Red Label berikan segalanya diimpikan oleh pengguna!

Bata Red Label menawarkan pelbagai rangkaian kasut lelaki dan wanita yang bergaya, serba boleh dan yang paling penting, selesa dan sesuai untuk dipakai anda dari siang hingga malam. Meh kita tengok apa yang ditawarkan oleh Bata Red Label!

Bergaya

Kasut bergaya ialah kasut yang direka bentuk untuk kelihatan bergaya dan menarik namun tetap memberikan keselesaan dan fungsi sebenarnya.

Bila anda memilih kasut yang bergaya, pertimbangkan acara, pakaian dan gaya peribadi anda dulu.

Gunakan butiran kecil seperti gesper atau rantai untuk meningkatkan gaya peribadi anda. Barulah nampak lebih bergaya mengikut trend dengan saiz yang paling selesa!

Serba boleh

Bila nak pilih kasut ni, anda mestilah pilih kasut yang serbaguna tau. Seperti kasut ballerina dan loafer yang boleh dipakai dengan pelbagai jenis pakaian, majlis dan sesuai dengan keseluruhan gaya pakaian anda.

Dengan memilih kasut serba boleh, dapat memudahkan anda untuk memilih koleksi yang bersesuaian dengan pelbagai majlis. Senang anda nak bergerak dari tempat kerja ke dinner date korang nanti!

Keselesaan

Bata memang terkenal dengan keselesaan yang diberikan kepada pengguna tau. Kalau kasut selesa, hidup anda pun bebas dari kesakitan dan tekanan. Barulah anda dapat buat pelbagai aktiviti tanpa mengeluh sakit kaki lagi!

Menariknya, Koleksi Baharu Bata Red Label menampilkan LifeSole dari teknologi Ortholite untuk memastikan 50% lebih keselesaan sepanjang hari tau. Dengan Bata Red Label, anda tak perlu lagi hadkan gaya untuk keselesaan!

Pilihan Praktikal

Gaya kasut anda juga penting untuk keselesaan. Pastikan anda pilih sepasang kasut slip-on yang tidak susah untuk memberi akses mudah semasa beraya di rumah terbuka nanti.

Takda lah anda perlu nak membongkok, memasang tali kasut, dan menahan orang lain di pintu lagi. Cari yang mudah dipakai dan ditanggalkan!

Warna Terang

Warna pop menambah kemeriahan pada mana-mana pakaian. Kasut Bata Red Label didatangkan dengan pelbagai warna seperti hijau limau, merah jambu, lavender, sawo matang dan hijau zaitun. Wow… banyaknya warna!

Kapsul Serba Boleh

Dengan memiliki kapsul serba boleh dapat memancarkan lagi keanggunan anda tau seperti beige, hitam, emas dengan silhouettes moden. Ia juga dapat sebati dengan warna terang dengan ukiran yang cantik.

Kasut Bata Red Label menawarkan silhouettes moden (dari pumps ke tumit platform ke loafers dan brogues) yang akan membawa anda bergaya sepanjang hari.

Sentuhan Glam

Cari sepasang kasut dengan hiasan mewah seperti metallic buckles, bling dan tassel untuk gaya glam-up yang mudah untuk pakaian raya atau selepas raya.

Jom tengok iklan kempen “Surprisingly Bata” ni. Aedy Ashraf dan Anna Jobling nampak sangat serasi tau!

Ingat, kunci untuk anda mencari kasut yang selesa tapi bergaya untuk musim perayaan adalah mengutamakan keselesaan dulu. Dengan Koleksi Baharu Bata Red Label-Memang Bergaya Memang Selesa, anda boleh temui sepasang kasut yang akan membuatkan kaki anda happy tanpa perlu mengorbankan keselesaan anda.

Apa lagi, jom ramai-ramai beli kasut baru Bata Red Label. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web mereka!