Pada hari semalam pempengaruh masakan, Khairul Aming mengumumkan produk terbaharu, Rendang Nyet, selepas lima tahun perkenalkan produk pertamanya Sambal Nyet.
Beliau akan mula menjual Rendang Nyet di LIVE TikTok Shop pada Jumaat ini, 8 Ogos, jam 9 malam.
Baca Juga:
- Khairul Aming Lancar Produk Ketiga Di TikTok Shop 8 Ogos Ini, Siap Boleh Menang Trip Ke New Zealand!

- ‘Ini Lagi Susah Nak ‘Battle’ Daripada Tiket MCR’ – Khairul Aming Lancar Produk Baharu Rendang Nyet

- ‘Tak Ramai Bertahan Lebih 3 Tahun’ – Khairul Aming Kongsi Realiti Seorang Influencer, Buat Paid Review

Menerusi hantaran terbaharu media sosial Khairul Aming, beliau mahu belanja lima orang pembeli terawal untuk bercuti ke New Zealand bersama-sama dengannya.
Launching rendang jumaat ni kita buat giveaway di mana 5 pembeli terpantas yang beli 5 paket Rendang Nyet akan dapat percutian ke New Zealand bersama KA, all fully sponsored, and korang boleh bawa plus one. So kita akan bawa 10 orang untuk travel ke NZ bulan oktober ni 😁 (T&C… pic.twitter.com/boL9yGYmbw
— Khairulaming (@khairulaming) August 5, 2025
Kelima-lima pemenang itu boleh membawa seorang lagi peneman untuk memeriahkan lagi trip tersebut.
Trip ke New Zealand pada bulan Oktober nanti. Tarikh itu dipilih kerana pada ketika itu adalah musim bunga. Jadi cuaca dan suasana yang menyamankan sangat sesuai untuk bercuti di sana.
Menurutnya lagi, percutian itu juga merupakan kesinambungan hubungan dua negara antara Malaysia dan New Zealand, yang mana Khairul Aming pernah berjumpa dengan Perdana Menteri negara itu pada September tahun lalu.
Bagi yang ingin merebut peluang keemasan, sekali seumur hidup ini, anda bolehlah siap-sedia di LIVE TikTok Shop Khairul Aming, pada Jumaat ini, 8 Ogos, jam 9 malam.
Lima pembeli terawal membuat pembayaran menggunakan banking online FPX akan bercuti ke New Zealand ditaja sepenuhnya oleh Khairul Aming.