Siapa yang tidak terkejut, kecewa dan marah apabila kereta yang ditinggalkan di tempat letak kereta masih dilanggar? Lebih membuat hati luluh kerana pelaku melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial oleh pengguna Twitter @rempitlogic menunjukkan kereta seorang wanita telah dilanggar ketika dia membeli barang di pasaraya. Wanita itu menemui sekeping nota bersama dua coklat Hershey’s diletakkan di cermin hadapan keretanya.

https://twitter.com/rempitlogic/status/1300348629882826752

Ternyata, nota yang diletakkan bersama dengan dua keping coklat itu adalah nota minta maaf ditujukan kepada wanita tersebut gara-gara keretanya telah dilanggar dan coklat itu pula merupakan ‘ganti rugi’ berikutan pelakunya tidak mampu membayar kerosakan pada kereta tersebut.

Wanita itu menyangka kerosakkan pada keretanya tidak begitu serius kerana dibayar dengan coklat tetapi keadaan keretanya yang kemek teruk di bahagian sisi membuatkan beliau terkejut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan para netizen memahami perasaan wanita itu dan juga berasa terhibur dengan tindakan si pelaku. Malah, ada juga yang berasa marah dengan tindakan pelaku.

https://twitter.com/cintamukabukuuu/status/1300451000944177153

Jika anda sendiri berdepan dengan perkara sebegini, apakah yang anda akan lakukan? Berikan pandangan anda mengenai perkara ini.

Tahukah anda bahawa anda tidak perlu lagi ke balai polis untuk melaporkan kemalangan kecil? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Anda Tidak Lagi Perlu Ke Balai Polis Untuk Melaporkan Kemalangan Kecil

Sepantas 3 Minit, Anda Berpeluang Perbaharui Insuran Kenderaan Dengan Harga Yang Rendah

Masuk Lorong Kecemasan Sesuka Hati Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Kereta Camry Telah Ditahan