Bunga Citra Lestari atau BCL telah menangis teresak esak ketika mendengar salah seorang peserta uji bakat yang membawakan lagu Keabadian Rindu.

Ini kerana lirik lagi tersebut sangat mendalam dan menyentuh hatinya, yang masih merindui arwah suaminya terdahulu, Ashraf Sinclair.

Baca Juga:

Video tersebut kembali menjadi sorotan peminat kerana kini BCL sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang baharu.

BCL benar benar tidak dapat menahan emosinya yang merindui Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

Ashraf Sinclair yang merupakan pelakon dari Malaysia telah berjaya menempa nama melalui bidang lakonan di Malaysia dan juga Indonesia meninggal dunia di MC Kuningan, Jakarta.

Kematian Ashraf pada masa itu benar benar mengejutkan ramai pihak terutama sekali BCL dan anak mereka Noah.

Menurut laporan Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Ashsraf dan BCL bernikah pada tahun 2008 turut dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair pada tahun 2010.

Bunga Citra baru baru ini sudah pun bernikah dengan Tiko Aryadharwana. Namun dia tidak pernah sesekali melupakan arwah Ashraf. Detik itu mendapat perhatian netizen apabila BCL menangis mendengar lagu Keabadian Cinta.

Di ruangan komen ada yang berkata: “Di tempat BCL itu satu bebanan yang berat, di satu sisi, hidup harus diteruskan. Tetapi separuh hati jatuh di dasar jurang yg paling dalam. Baguslah dia bernikah lagi biar tidak sedih-sedih, kasian arwah suaminya, berat di sana nanti.”

Emosi itu turut dirasai oleh juri yang lain dan juga penonton yang hadir di situ. Salah seorang daripada rakannya menenangkan Bunga Citra Lestari yang benar benar sedih.

Namun peminat kembali membanjiri ruangan posting tersebut. Ada yang simpati. Namun ada juga yang mengecam BCL sambil menyindirnya kerana bernikah lagi.

Walauabagaimanapun peminat BCL menghentam haters yang menyindirnya kerana mereka seolah olah tidak memahami erti kehidupan.