Rakyat Malaysia memang cukup dikenali dengan sifat pemurahnya yang sedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau agama. Malang sekali, ada segelintir individu sanggup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan di atas kebaikan warga tempatan.

Sebuah akaun X bernama @falalasoh mendedahkan kegiatan scammer online yang sanggup menipu orang ramai dengan kononnya meminta bantuan kewangan bagi merawat kucing.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @falalalasoh

Difahamkan ciapan individu tersebut itu tular dan ramai yang tertipu kerana menyangka ia adalah kisah benar. Lantas, ciapan itu telah dikongsikan oleh sejumlah pengguna dengan harapan mahu bantu meringankan beban “si pemilik kucing” itu yang berjumlah RM800.

Namun niat sebenarnya terdedah apabila selesai mengutip wang yang dimahukan, ternyata akaun individu itu terus hilang daripada platform tersebut.

rakyat malaysia
Sumber Gambar: X @falalalasoh

Lantaran pendedahan itu, ramai warganet mula meluahkan rasa meluat dengan warga tempatan yang senang termakan dengan pujukan atau pun tipu helah yang dilakukan oleh penipu dalam talian.

“Esok lusa keluar lagi teknik sama, Begitulah Malaysia darul pemurah,” perli seorang pengguna yang sudah lali dengan sifat pemurah rakyat Malaysia yang tidak kena tempat.

“Aku time tweet ni lalu, memang scroll terus. Memang xleh percaya dah. Macam2x orang sekarang demi duit,” ujar seorang pengguna.

“Orang macam ni punca jadi orang nak dermakan atau bagi jadi takut sebab duit tak ke tempat yang sepatutnya. aish manusia ni tak fikir akibat ke,” kata pengguna lain.

Malah, ada warganet juga mendedahkan bahawa ini taktik biasa yang digunakan oleh scammer online dengan mengambil gambar binatang yang cedera dari grup pencinta binatang dan seumpamanya untuk memerangkap orang awam yang mudah kesian.

Dalam pemerhatian kami juga, kebiasaannya scammer ini akan buka akaun baharu dan menggunakan gambar individu lain bagi menyamar identiti. Jadi, anda perlu semak terlebih dahulu latar belakang seseorang sebelum meneruskan niat untuk menderma di dalam talian.

 

 

Sumber