Kecoh di media sosial sekitar dua minggu lalu apabila pakar saham popular negara dilaporkan telah berkahwin buat kali kedua selepas bercerai dengan isteri yang pertama. Tindakan yang dilakukan sekaligus menjadi buah mulut para netizen.
Di sangka isu ini sudah reda, baru-baru ini Facebook Atielia De Sams selaku bekas isteri pakar saham, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) tampil memuat naik sebuah status yang bertanyakan kewajaran memberi hanya nafkah RM5,000 kepada anak untuk dua bulan.
Baca Juga:
- Belanja Lebih RM500,000, Pasangan Pakar Saham Ini Pilih Tema ‘Beauty And The Beast’
- Dilabel ‘Pisau Cukur’, Isteri Pakar Saham Nafi Kahwin Sebab Duit
- ‘Kunci Mulut’ Dan Mahu Dedah Di Mahkamah, Netizen Sokong Tindakan Bekas Isteri Pakar Saham
Beliau juga turut bertanyakan kepada netizen tanggungjawab seorang bapa kepada anak apabila berlaku sesebuah perceraian.
Persoalan yang diajukan sekaligus mendapat respon yang pelbagai di kalangan netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan tindakan bekas isteri DDNK ini.
Terdapat netizen yang bersetuju nafkah RM5,000 untuk dua bulan sudah cukup untuk anak dan terdapat juga netizen yang tidak bersetuju serta sedia menyokong agar bekas isteri DDNK mendapatkan tuntutan yang sewajarnya.


Sebelum ini pasangan DDNK bersama isteri baru telah melangsungkan majlis perkahwinan yang grand dan mewah serta memaklumkan telah membelanjakan lebih RM500,000 bagi melangsungkan majlis tersebut.