Nama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) menjadi bualan trader tempatan apabila beliau berjaya mengungguli carta Kejohanan Dagangan Piala Dunia (World Cup Trading Championship).

Kejohanan Dagangan Piala Dunia dianjurkan oleh Robbins Financial Group LTD yang berpangkalan di AS. Ia merupakan kejohanan dunia tidak rasmi sejak tahun 1983 bagi perdagangan forex dan niaga hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pedagang-pedagang elit dari seluruh dunia ‘bertemu’ dalam kejohanan ini untuk bersaing merebut tempat nombor satu dan trofi yang diidamkan.

Sumber Gambar: World Cup Championships

Menerusi kemas kini laman web rasmi kejohanan itu, terdapat 6 kategori dipertandingkan. DDNK mengungguli carta bagi kategori ‘Kejohanan Dagangan Hari Niaga Hadapan Suku Pertama 2024’ (1st Quarter Futures Day Trading Championship 2024).

Untuk suku pertama 2024 (1 Januari – 21 Mac), beliau mendahului carta dengan jumlah keuntungan 282.4%. Beliau meninggalkan pedagang dari Itali, Antonio Ferlito (153.4%), Fabio Valentini dari Emiriah Arab Bersatu (106.5%), David Barry (92.5%) dan David Lung (36.8) yang kedua-duanya dari Amerika Syarikat.

Apa yang lebih mencuri tumpuan lagi, dalam keenam-enam kategori yang dipertandingkan, beliau turut menjadi pedagang yang mempunyai keuntungan tertinggi.

Menerusi perkongsian netizen, sekiranya DDNK berjaya mengekalkan kedudukan beliau sehingga tahun 2023 berakhir, beliau bakal menjadi pedagang Malaysia pertama memenangi kejohanan tersebut.

Menerusi perkongsian DDNK di Instagram, beliau meminta orang ramai mendoakan kejayaannya untuk mengharumkan nama negara.

“Semalam saya kongsikan ranking no.2 nampaknya harini sempat scalp ke ranking nombor 1! Begitu sengit nampaknya trader handal dari luar negara untuk bersaing.

“Apa pun doakan saya konsisten dan julang Malaysia. Kita tunjuk sikit ‘Malaysia Boleh’ di persada Wall Street,” kata beliau.