Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, terus menerima kecaman susulan kenyataannya yang mendakwa skuad kebangsaan Perancis bermain “tanpa pemain Perancis”.
Kenyataan panas itu mendorong Kedutaan Perancis di Sepanyol dan beberapa pemimpin politik kedua-dua negara tampil mempertahankan identiti pasukan Les Bleus menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia 2026.
Rajoy, yang merupakan Perdana Menteri Sepanyol dari 2011 hingga 2018 dan bekas pemimpin Parti Popular (PP), sebelum ini menulis bahawa Perancis tidak mempunyai pemain Perancis dalam skuad mereka.
Rajoy menegaskan: “Perancis lawan Sepanyol? Perancis pasukan yang sangat bagus.
“Namun mereka tidak ada pemain dari kalangan orang Perancis.”
🚨 𝗡𝗘𝗪: Mariano Rajoy (Former Prime Minister of Spain): "France vs Spain? France have a very good team, however, their players are NOT French." pic.twitter.com/75oDvSwOBe
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) July 12, 2026
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kedutaan Perancis di Sepanyol menegaskan bahawa kesemua pemain skuad kebangsaan Perancis adalah warganegara Perancis.
Kedutaan tersebut berkata: “Tanpa mahu menyemarakkan kontroversi, ianya berbaloi untuk mengingatkan semula fakta bahawa: Kesemua pemain dalam skuad kebangsaan Perancis adalah orang Perancis.
“Daripada 26 pemain kebangsaan kami, 23 orang adalah lahir di Perancis. Hanya 3 lahir di luar negara dan mereka warganegara Perancis yang sah,” tulis kenyataan itu.
The French Embassy in Spain: "Without wishing to spark a controversy, it is worth recalling the facts: All the players on the French national team are French. Of the 26 players, 23 were born in France. The 3 who were born abroad are also French." pic.twitter.com/f4P1B5QmSh
— The ANF Club ⚽️ (@adjorNfriends) July 12, 2026
Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, menyifatkan kenyataan Rajoy sebagai “langsung tidak boleh diterima”. Beberapa pemimpin politik Perancis lain turut mengecam kenyataan tersebut.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pula menyifatkan kenyataan Rajoy sebagai bersifat xenofobik. Menerusi platform X, beliau berkata masih ada pihak yang mengukur identiti seseorang berdasarkan nama keluarga, tempat lahir atau warna kulit.
“Sepanyol adalah milik mereka yang mencintainya dan bekerja untuknya. Bukan kepada mereka yang memalukannya dengan kenyataan xenofobik,” tulis Sanchez.
Di Perancis, pemimpin Parti Sosialis Olivier Faure menegaskan bahawa Perancis “tidak mempunyai warna kulit atau agama”. Presiden Wilayah Île-de-France, Valérie Pécresse, yang datang daripada keluarga politik sama seperti Rajoy di peringkat Eropah, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai “perkauman yang menjijikkan”.
Menteri Wilayah Luar Negara Perancis, Naima Moutchou, turut berkata kenyataan seperti itu sering muncul setiap kali Les Bleus mencatat kejayaan.
“Setiap kali Les Bleus menang, obsesi perkauman dan penghinaan yang sama akan muncul semula,” katanya.
Kontroversi ini hadir hanya beberapa hari sebelum pertemuan separuh akhir Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Sepanyol, menjadikan perlawanan itu bukan sahaja menjadi pertembungan dua kuasa bola sepak Eropah, malah turut dipanaskan oleh perdebatan mengenai identiti nasional dan kepelbagaian dalam bola sepa